Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Fasha Sandha, Aidil Aziz bertunang hari ini

Kebelakangan ini, pelakon terkenal Fasha Sandha tidak segan-segan untuk berkongsi gambar-gambarnya bersama Aidil Aziz di laman Instagram.

Anggaran Waktu Membaca:
Fasha Sandha, Aidil Aziz bertunang hari ini

(Gambar: @arjalee/Instagram)

Diterbitkan : 18 Nov 2018 08:09PM Dikemas Kini : 18 Nov 2018 08:10PM

KUALA LUMPUR: Kebelakangan ini, pelakon terkenal Fasha Sandha tidak segan-segan untuk berkongsi gambar-gambarnya bersama Aidil Aziz di laman Instagram.

Namun, kedua-dua selebriti itu memilih untuk tidak mengulas tentang khabar angin mereka akan mengikat tali pertunangan atau mendirikan rumah tangga.

Semua itu bagaimanapun terjawab selepas Fasha Sandha dilaporkan mengikat tali pertunangan hari ini.

Menurut Astro Awani, majlis pertunangan itu dihadiri keluarga dan teman-teman rapatnya sahaja dan diadakan secara sederhana.

Laman itu turut melaporkan bahawa Aidil Aziz menghantar tiga dulang hantaran yang dibalas dengan lima dulang dari Fasha Sandha. Antara barangan yang dijadikan hantaran termasuk sebentuk cincin pertunangan, manis-manisan, set perlengkapan, wangian dan pakaian. Ibu Aidil yang menyarungkan cincin ke jari Fasha.

Fasha Sandha memberitahu Astro Awani pertunangan itu sangat bermakna baginya kerana tidak pernah melalui fasa pertunangan sebelum ini meskipun pernah mendirikan rumah tangga.

Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Rizal Ashram Ramli dan dikurniakan dua cahaya mata.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan