Farid Kamil enggan lafaz cerai; kes diteruskan bagi proses hakam
Anggaran Waktu Membaca:
PETALING JAYA: Pelakon Farid Kamil hari ini (30 Mei) enggan melafazkan talak terhadap isterinya yang juga pelakon, Diana Danielle ketika prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bistari.
Hakim Syarie Shukran Yusof berkata berdasarkan keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) berlaku shiqaq atau perbalahan yang berpanjangan dan beliau menasihatkan Farid melafazkan talak terhadap isterinya jika beliau bersedia.
Farid kemudian menjawab “tidak setuju untuk lafaz talak”.
“Oleh kerana defendan (Farid) tidak bersetuju, mahkamah dengan ini memerintahkan kes cerai ini diteruskan dengan timbang tara hakam dan mahkamah menetapkan 15 Jun untuk pihak-pihak melantik hakam,” kata Encik Shukran.
Sebelum ini, Encik Shukran berkata keputusan laporan JKP mendapati pasangan selebriti itu gagal menemui pendamaian.
Peguam Syarie Akberdin Abdul Kader mewakili Diana berkata memandangkan keputusan laporan JKP adalah negatif, pihaknya memohon agar Farid (defendan) melafazkan talak.
“Sekiranya defendan (Farid) enggan melafazkan talak, kita pergi ke peringkat seterusnya iaitu hakam,” katanya.
Peguam Syarie Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Farid membantah proses hakam dijalankan kerana berpendapat shiqaq tidak berlaku.
Encik Akberdin kemudian berhujah laporan JKP menyatakan shiqaq telah berlaku kerana pasangan berkenaan mempunyai pendapat yang berbeza mengenai rumah tangga mereka apatah lagi anak guamnya tidak tinggal serumah dengan defendan sejak Mac lalu.
Encik Shukran bersetuju dengan hujahan Akberdin bahawa berlakunya shiqaq di antara pasangan itu.
Prosiding hari ini dihadiri Diana dan Farid yang ditemani bapanya Dr Zahari Che Dan dan ibunya Sharifah Bardah Syed Abdillah yang berkerusi roda.
Pada 10 Mac lalu, Diana selaku plaintif memfailkan permohonan cerai terhadap Farid mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 atas alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq serta tidak lagi mampu hidup bersama sebagai suami isteri.

Sumber : Bernama/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.