Farid Kamil & Diana Dianelle sah bercerai talak satu
Anggaran Waktu Membaca:

Diana Danielle di Mahkamah bagi prosiding penceraian pada 10 Ogos 2023. (Gambar: BERNAMA)
SHAH ALAM: Pasangan selebriti, Farid Kamil dan Diana Danielle, sah bercerai talak satu pada Khamis (10 Ogos).
Farid, atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, menjatuhkan talak pada sekitar 3.22 petang, lapor Utusan Malaysia. Beliau tidak dapat hadir di mahkamah dan melafazkan cerai secara maya kerana tidak sihat selepas dijangkiti COVID-19.
Menurut Harian Metro, Diana, 32 tahun, kelihatan tenang semasa mendengar Farid, 42 tahun, melafazkan cerai.
Hakim Syarie Shukran Yusof kemudian mensabitkan berlaku perceraian talak satu lalu memerintahkan Diana selaku defendan menjalani tempoh edah selama tiga bulan.
Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai pada 10 Mac lalu.
Beliau mendakwa tiada persefahaman, berlaku shiqaq selain tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri, sebagai antara sebab mahu bercerai dengan Farid.
Meski sekarang akan membawa haluan masing-masing, pelakon Imaginur itu bagaimanapun tidak menyifatkan rumah tangga yang bertahan selama 11 tahun sebagai kenangan pahit.
“Saya banyak belajar benda yang baik, untuk matang, ibu serta isteri yang baik. Tidak semestinya pengakhiran ini membuat saya ambil yang negatif. Saya ambil yang positif dan doakan kami mulakan hidup dengan lebih baik,” kata Diana kepada Utusan Malaysia.
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.