Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Farid Kamil dakwa keretakan rumah tangga berpunca dari orang ketiga

Anggaran Waktu Membaca:
Farid Kamil dakwa keretakan rumah tangga berpunca dari orang ketiga

(Gambar: Petikan skrin video BERNAMA)

SHAH ALAM: Pelakon Farid Kamil mendakwa keretakan rumah tangga bersama isterinya, Diana Danielle berpunca daripada kehadiran orang ketiga, lapor BH Online.

Semasa ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, pagi tadi (28 Mac), Farid berkata sudah beliau maklum mengenai perkara itu sejak tahun lalu.

"Alhamdulillah, saya bersyukur Allah memberi petunjuk dan hidayah. Jadi, saya sudah cuba sedaya upaya memujuk Diana atas kesalahan yang tidak munasabah, tetapi hari ini saya dapati ada pihak ketiga yang menyokongnya dari belakang.

"Kalau boleh saya nak tegakkan undang-undang Islam dan hak suami di mana rumah tangga diganggu. Saya rasa sangat tidak adil sebagai suami. Dan bila kita menuntut jawapan, perpisahan pula diminta.

"Saya sayangkan keluarga, saya tidak pernah lagi diuji sebegini. Saya baru mengesahkan hal ini hari ini, tetapi saya sudah maklum sejak tahun lalu. Ia bukan masalah berlarutan, cuma masalah 'terkantoi' baru-baru ini," katanya kepada BH Online.

Farid dan Diana hadir di mahkamah bagi memaklumkan kepada mahkamah mengenai pelantikan wakil dalam Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi menyelesaikan konflik rumah tangga mereka.

Ini dilakukan selepas Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Malah, Farid berkata beliau tetap dengan pendiriannya untuk menyelamatkan rumah tangga demi dua anaknya Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

"Saya harus menyelamatkan isteri daripada terus diperlakukan sebegitu. Saya sayangkan anak-anak kerana tanpa isteri, saya tidak dapat jumpa anak-anak.

"Saya tidak dibenarkan jumpa anak selama 23 hari dan telefon pun tidak dibenarkan. Jadi, hari ini saya cuba menyelamatkan keluarga saya walaupun saya tahu itu kesalahan orang luar," katanya.

"Mahkamah akan putuskan hal ini. Saya berserah kepada Allah kerana benda ini membabitkan hukum hakam Islam dan saya tak boleh buat keputusan sendiri," katanya kepada BH Online.

Awal dari itu, Farid tiba di mahkamah sekitar pukul 9.00 pagi dengan membawa jambangan bunga mawar untuk Diana.

Farid turut membawa sebentuk cincin sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan yang ke-11.

Sementara itu, isterinya, Diana hadir lebih awal pada 8.55 pagi memakai baju hitam bersama pengawal peribadi.

Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.
Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan