Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Ezad Lazim kecewa wujud khabar angin beliau meninggal dunia

Anggaran Waktu Membaca:
Ezad Lazim kecewa wujud khabar angin beliau meninggal dunia

(Gambar: Petikan skrin dari media sosial)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Ezad Lazim meluahkan rasa kecewa atas sikap segelintir individu yang menyebarkan khabar angin bahawa beliau sudah meninggal dunia.

Ezad dimaklumkan mengenai perkara itu apabila rakan-rakannya memberitahunya pada Khamis (16 Mac), lapor Harian Metro.

"Saya dapat tahu mengenai perkara ini sejak kelmarin apabila beberapa kenalan mula berkongsi berita ini dan ingin mendapatkan pengesahan.

"Bila keluar benda begini, makcik-makcik di kampung yang risau, tentunya akan menghubungi dan bertanya kepada isteri saya," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Ezad, gambarnya ketika sedang sakit sebelum ini juga pernah disalah guna sesetengah individu tidak bertanggungjawab.

"Bila lihat tajuk artikel itu, ia mengenai saya yang meninggal dunia. Tapi, bila dibaca artikel penuh, ia mengenai kematian adik saya. Tapi, adik saya dah meninggal dunia setahun yang lalu.

"Ini bukan kali pertama sebab sebelum ini pun dah beberapa kali nama saya dipetik dan dikatakan meninggal dunia.

"Malah, gambar ketika saya sakit dan terlantar di hospital pun pernah disalah guna individu tidak bertanggungjawab ini," kata beliau kepada Harian Metro.

Ezad juga menyeru agar masyarakat tidak terus menyebarkan berita tanpa usul periksa.

"Zaman sekarang terlalu ramai golongan yang suka berkongsi tanpa memeriksa kebenaran sesuatu perkara terlebih dulu. Kalau boleh siasat dulu sama ada berita itu benar atau tidak, lebih-lebih lagi berkaitan kematian.

"Ada juga yang menghantar mesej kepada saya di Instagram dan memohon maaf kerana berkongsi berita itu dalam hantaran mereka, kerana menyangka ia berita benar," katanya.
Sumber : Agensi berita/IM/im

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan