Exists dan Slam akan bergabung untuk konsert perdana mereka di Singapura pada 29 November, 2025.
Anggaran Waktu Membaca:

Exists dan Slam akan bergabung untuk konsert perdana mereka di Singapura pada 29 November, 2025.
SINGAPURA: Dua kumpulan popular di Nusantara ini bakal bergabung dalam satu malam yang epik, khusus buat para peminat mereka di Singapura.
Buat julung-julung kalinya, kumpulan Exists dan Slam akan bergabung dalam konsert 'Exists X Slam Live In Singapore' di The Star Theatre pada 29 November 2025, lapor Astro Gempak.
Dibawakan khas oleh Shiraz Projects, Exists X Slam membuktikan bahawa karya Exists dan Slam tidak pernah mati ditelan zaman.
“Ada yang bertanya kenapa Exists X Slam? Kenapa tidak? Bukan kerana setiap kumpulan ini tidak boleh berdiri sendiri atau menarik penonton masing-masing memenuhkan The Star Theatre.
“Tapi selaku penganjur, Shiraz Projects mahu menghargai Exists dan Slam menerusi penganjuran konsert yang disifatkan sangat istimewa ini kerana melihat karya-karya mereka tetap digemari dan berpengaruh kepada peminat walaupun mereka sudah lebih dua dekad dalam industri,” jar Pengarah Urusan Shiraz Project, Shiraz, seperti dinukil laporan Astro Gempak.
“Dan siapa yang tidak kenal dengan lagu seperti Mengintai Dari Tirai Kamar atau Gerimis Mengundang? Sekali dengar, peminat tahu lagu-lagu ini dengan suara dan ciri khas muzik adalah milik Exists atau Slam.
“Jadi Shiraz Projects mahu membawakan lagu-lagu Slam dan Exists yang selalu didengar hanya menerusi corong radio dipersembahkan secara langsung di hadapan anda semua,”ujar Shiraz lagi, menurut laporan Astro Gempak.
Exists X Slam dijangka akan membawa peminat mengimbau masa silam menerusi alunan suara vokalis Exists, Ezad dalam lagu-lagu seperti Oh Ibu, Jesnita atau Julia.
Ini termasuk kemerduan suara vokalis Zamani Slam dengan untaian lagu seperti Tak Mungkin Berpaling, Kembali Terjalin atau Rindiani.
Yang jelas, Exists dan Slam hanya mahu mempersembahkan sebuah konsert yang meninggalkan kesan atau saat manis buat peminat.
“Kerana yang penting buat kami sebagai penghibur adalah melihat peminat berpuas hati, menyanyi bersama dan pulang dengan kenangan terbaik yang mereka dapatkan dari Exists X Slam di The Star Theatre pada 29 November 2025 ini,” kata Along mewakili dua kumpulan ternama itu.
Tiket-tiket berharga antara S$88 hingga S$258.
Pembelian boleh dilakukan bermula 26 Mac 2025 menerusi www.sistic.com.sg atau menerusi talian +65 6348 5555.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.