Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Ernie Zakri selamat melahirkan anak sulung pada 22.02.22

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Pasangan penyanyi popular, Ernie Zakri dan Syamel selamat menyambut kelahiran anak pertama mereka pada pukul 10.14 pagi tadi, lapor Astro Gempak.

Menerusi hantaran yang dibuat di Instagram, Syamel melahirkan rasa bersyukur dan meminta agar peminat mendoakan kesihatan dan kesejahteraan anak dan isterinya.

“Syukur Alhamdulillah, cinta hati ibu dan daddy selamat dilahirkan pada pukul 10.14 pagi tadi. Senang daddy ingat birthday, 22.02.2022.

“Doakan kesihatan anak solehah Bangmel dan Kak Ninie (nama timangan Ernie Zakri) dan semoga mereka berdua berada dalam keadaan baik dan sentiasa dalam rahmat-Nya,” tulis Syamel.

Sungguhpun Syamel dan Ernie berkongsi gambar, namun, kedua-duanya masih merahsiakan jantina serta nama bayi mereka, seperti dinukil Astro Gempak.

Menerusi ruangan komen, ramai rakan artis yang menzahirkan ucapan tahniah kepada pasangan tersebut.

"Tahniah Syamel.. looking forward to meet Cucuku..." kata penyanyi terkenal, Anuar Zain yang juga bapa saudara Ernie.

“Alhamdulillah… tahniah… ya Allah geramnya tengok tangan baby. Putih melepak, chubby gera!” tulis penyanyi Shiha Zikir.

“Alhamdulillah… syukur moga menjadi saham akhirat yang mulia,” ujar pengacara popular, Ahmad Fedtri Yahya pula.

Syamel dan Ernie mulai rapat selepas terlibat dalam program Duo Star terbitan Astro pada 2017, lapor Astro Gempak.

Pasangan tersebut kemudiannya mendirikan rumah tangga pada 26 Mac tahun lalu di Masjid Puncak Alam, Selangor.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan