Skip to main content

Hiburan

Erma Fatima mohon maaf pada warga SG

Penerbit dan pengarah terkenal Malaysia, Erma Fatima bagaimanapun tetap dengan pendirian tindakan wanita asal Singapura itu Sarah Yasmine adalah salah kerana mendedahkan aib golongan artis dan menjatuhkan maruah kaum wanita.
 

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Penerbit dan pengarah terkenal Malaysia, Erma Fatima membuat permohonan maaf kepada warga Singapura berhubung kenyataannya terhadap 'kekasih gelap' pelakon, Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine yang didakwa terdapat unsur cuba melaga-lagakan dua negara, lapor BH Online.

Erma atau nama sebenar, Fatimah Rahmad Ali, 56 tahun, tetap dengan pendirian tindakan Sarah adalah salah kerana mendedahkan aib golongan artis dan menjatuhkan maruah kaum wanita.

"Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Saya terima kalau ada yang tidak puas hati dengan kenyataan saya.

"Saya minta maaf kalau ia mengguris hati orang Singapura, tapi saya tetap dengan pendirian perbuatan perempuan itu (Sarah Yasmine) menjatuhkan maruah orang seni dan maruah perempuan," katanya.

Erma berkongsi permohonan maaf yang dibacakan pengacara Roslan Shah menerusi video siaran langsung di Instagram (IG) miliknya, pada Rabu (1 Mei).

"Salam Lan, Erma minta maaf sebab peguam saya tak benarkan buat apa-apa kenyataan tentang isu ini.

"Yang pasti saya tidak bermusuh dengan warga Singapura. Saya tidak suka dengan cara perempuan itu mengaibkan orang yang tiada kena mengena dalam kes Aliff.

"Tiada sebab saya nak bermusuh dengan orang Singapura, saya bawa masuk Datuk Aaron Aziz dan Datuk Adi Putra ke industri ini dan mereka diterima sebab kelakuan mereka baik," katanya seperti dilaporkan BHOnline.

Terdahulu, kenyataan Erma menyuruh Sarah pulang ke Singapura selepas pelbagai kontroversi tercetus sehingga menyeret beberapa nama selebriti tempatan turut meraih perhatian ramai.

Tindakan Sarah memuat naik pelbagai tangkap layar perbualan antara Aliff dengan pelakon, Ruhainies juga menggemparkan industri seni tanah air sehingga pelbagai pihak tampil mengeluarkan kenyataan menafikannya.


 

Sumber : Agensi berita/SU/su
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita