EMPAT Bersatu, Kenangan Bertaut: Konsert SG himpun memori 2 zaman
Anggaran Waktu Membaca:
Konsert EMPAT 'Live in Singapore' 2026. (Gambar: Facebook/FriedRice Entertainment)
SINGAPURA: Dalam masa dua bulan lagi, penggemar muzik di Singapura bakal disajikan dengan suara emas dan lantunan vokal hebat dari dua generasi di atas satu pentas yang gah.
Bukan sahaja peminat setia penyanyi tersohor Malaysia, Ziana Zain dan Anuar Zain, bahkan pengikut kepada pasangan suami isteri, Ernie Zakri dan Syamel juga akan berpeluang menyaksikan mereka berempat bergabung dan meraikan ikatan kekeluargaan dalam konsert 'EMPAT Live In Singapore 2026' pada 26 September ini.
Menyusuli kejayaan konsert itu di Kuala Lumpur pada Oktober lalu, edisi kali ini dijangka akan terus menampilkan persembahan vokal yang mantap serta kolaborasi keluarga yang unik.
Anuar Zain berkongsi dengan BERITA Mediacorp: "Apabila dapat kembali bertemu peminat di (Singapura) selepas sekian lama, sudah tentu perasaan itu sangat istimewa dan penuh rasa syukur."
"Saya sentiasa menerima permintaan daripada peminat di Singapura yang bertanya bila saya akan kembali membuat persembahan.
"Sokongan dan kesetiaan mereka itulah yang membuatkan saya benar-benar menghargai peluang ini.
"Apa yang saya ingin bawakan bukan sekadar sebuah konsert, tetapi satu malam yang penuh dengan kenangan, emosi dan penghargaan buat semua yang terus mengikuti perjalanan seni saya selama ini," ujar beliau.
Kali terakhir pelantun lagu 'Lelaki Ini' dan 'Sedetik Lebih' membuat persembahan di Singapura adalah pada 2022, apabila beliau mengadakan konsert bersama kakaknya, Ziana Zain dalam konsert 'Anuar Zain & Ziana Zain Live in Singapore 2022'.
Kini empat tahun kemudian, mereka kembali untuk beraksi di pentas yang sama di The Star Theatre, namun diserikan dengan kehadiran anak saudara mereka, Ernie Zakri dan suaminya, Syamel, yang pernah memenangi Vokal Terbaik bagi Anugerah Juara Lagu 32 pada 2018 menerusi lagu duet 'Aku Cinta'.
Ikon muzik balada, Ziana Zain, juga menyifatkan konsert EMPAT sebagai "sangat istimewa" kerana dapat berkongsi pentas
bersama keluarga sendiri.
"Berbeza dengan konsert-konsert sebelum ini, (kali ini) kami bukan sahaja berkongsi muzik, tetapi juga ikatan dan 'chemistry' sebagai sebuah keluarga. Yang lebih bermakna, konsert ini menyatukan dua generasi peminat melalui gabungan lagu-lagu malar segar dan sentuhan generasi baharu.
"Bagi saya, EMPAT bukan sekadar sebuah konsert, tetapi satu legasi dan memori yang akan sentiasa dikenang," ujar Ziana, yang turut membuat persembahan di 'Ini Baru High Tea Raya!' anjuran Mediacorp tahun ini.
Dianjurkan oleh FriedRice Entertainment, para penonton boleh menjangkakan malam yang dipenuhi lagu-lagu ikonik seperti 'Keabadian Cinta', 'Madah Berhelah', 'Masing Masing' dan 'Kau Pun Sama', selain balada yang mengusik jiwa dan lagu-lagu popular, termasuk kolaborasi baharu mereka 'Jangan Henti'.

Ernie, yang mengadakan konsert 'Aura: Ernie Zakri Live in Concert' di Singapura tahun lalu, menambah bahawa pada awalnya konsert EMPAT hanya dirancang untuk dipentaskan di Kuala Lumpur.
"Apabila pihak penganjur berkata 'Let's go to Singapore' (Ayuh ke Singapura), kerana kita tidak mahu orang Singapura terlepas peluang, tentu sekali saya gembira dan saya rasa sangat bersyukur," kongsi ibu seorang anak itu.
Syamel, yang juga baru melancarkan album pertamanya bulan ini, turut berkongsi: "Bila digandingkan empat artis di atas satu pentas, itu sebenarnya pentas yang dipenuhi dengan pengalaman, aura dan penceritaan yang berbeza dari setiap artis kepada peminat mereka tersendiri.
"Bila berada di atas pentas sebagai EMPAT, kita berkongsi satu penonton dan juga peminat yang sama."
MENONGKAH ARUS PEMBAHARUAN
Mula berkecimpung dalam bidang seni seawal usia 15 tahun, Anuar Zain turut menyaksikan perubahan muzik mengikut peredaran zaman.
Di tengah-tengah kemahuan untuk membawa pembaharuan kepada lagu-lagunya serta mengikuti perkembangan teknologi muzik berasaskan kecerdasan buatan (AI), beliau akur perlu berhati-hati dalam menyuntik sentuhan nafas baharu kepada lagunya yang malar segar.
"Saya melihat AI dan teknologi sebagai satu alat yang boleh membantu dalam proses kreatif, tetapi bagi saya, muzik tetap bermula dengan jiwa dan keikhlasan.
"Lagu-lagu yang telah lama bersama pendengar mempunyai nilai sentimental yang sangat tinggi, jadi saya akan sentiasa berhati-hati jika mahu memberikan nafas baharu kepada karya-karya tersebut."
Anuar turut berkongsi beliau terbuka untuk menggunakan teknologi bagi memperkayakan pengalaman muzik, tidak kira dari segi susunan bunyi, persembahan visual mahupun produksi pentas.
Namun, beliau tetap berasa bahawa emosi, interpretasi dan sentuhan artis itu sendiri adalah perkara yang tiada tukar ganti.
"Apa jua pembaharuan yang dilakukan nanti, saya mahu ia tetap menghormati identiti asal lagu dan mengekalkan rasa yang membuatkan pendengar jatuh cinta dengannya sejak dahulu," ujar beliau.
Berkongsi sentimen serupa, Ziana percaya setiap konsert perlu ada pembaharuan tanpa menggadaikan identiti sebagai
seorang penyanyi.
"Saya sentiasa mencari idea baharu daripada segi susunan muzik, visual, penceritaan dan interaksi dengan penonton supaya persembahan terasa segar dan relevan.
"Pada masa yang sama, saya tetap mengekalkan kualiti vokal dan kejujuran dalam setiap nyanyian kerana itulah yang membuatkan peminat terus bersama saya.
"Saya percaya, apabila kita ikhlas berkarya dan sentiasa berkembang mengikut peredaran zaman, kita bukan sahaja dapat menghargai peminat setia, malah turut menarik perhatian generasi baharu," jelasnya.
SENTUHAN GENERASI BAHARU
Bagi Syamel pula, beliau yakin lagu-lagunya dapat memberi sisi berbeza kepada konsert EMPAT nanti.

"Kalau sebelum ini penonton lebih kenal Syamel melalui lagu 'Hidup Dalam Mati' dan 'Lebih Sempurna', sekarang emosinya lebih meluas dengan adanya lagu 'Beribu Tanda Tanya'.
"Jadi bagi konsert EMPAT nanti, bukan sekadar menyanyikan sahaja sesebuah lagu itu tetapi saya membawakan satu cerita. Ada saat yang penonton akan dipenuhi dengan kegembiraan, tarian dan ceria, tetapi ada juga dengan penuh kekecewaan dan momen mereka imbas kembali kisah-kisah cinta lama.
"Sebab itu pendekatan yang Syamel terapkan dalam konsert EMPAT ini satu penceritaan kepada penonton yang hadir nanti," kongsi beliau.
Ernie, yang juga pemenang Vokal Terbaik bagi Anugerah Juara Lagu pada 2021 dan 2025 menerusi lagu Gundah dan Aura, turut memastikan beliau dapat terus memberikan yang terbaik.
Menurut Ernie, beliau terus menjalani latihan bersama guru vokal dan melakukan latihan kecergasan untuk mengekalkan tenaganya di atas pentas.
KOLABORASI UNIK 'EMPAT'
Melangkaui konsert EMPAT, Syamel percaya bahawa kekuatan vokal mereka berempat dapat membawa kolaborasi ini ke peringkat yang lebih tinggi lagi.
"Saya yakin bahawa EMPAT bukan sekadar sebuah konsert 'one-off' sahaja tetapi satu penjenamaan yang ada potensi yang besar. Jadi saya nampak EMPAT boleh berkembang menjadi satu konsep yang sangat menarik.
"Insya-Allah akan ada rezeki untuk membuat satu lagi persembahan berskala besar. Apa yang saya nampak, EMPAT ini adalah satu penjenamaan yang sangat jarang berlaku dan unik, dan boleh mendapat tempat di hati peminat insya-Allah," kata Syamel.
Menjelang konsert itu nanti, peminat juga boleh bersiap sedia untuk bukan sahaja dibuai emosi, malah menikmati pengalaman muzik yang bermakna.
"Sudah tentu akan ada lagu-lagu yang menjadi kegemaran ramai, tetapi kami juga sedang menyediakan beberapa elemen istimewa dari segi susunan muzik, visual dan penceritaan agar pengalaman yang dinikmati lebih bermakna.
"Harapan saya, apabila tirai konsert ditutup nanti, setiap penonton yang hadir akan pulang dengan hati yang gembira dan membawa pulang kenangan indah yang akan terus dikenang," ujar Anuar sebelum mengakhiri wawancara bersama BERITA Mediacorp.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.