Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Emma Maembong selamat lahirkan anak kedua

Anggaran Waktu Membaca:
PETALING JAYA: Pelakon Emma Maembong selamat menimang cahaya mata kedua pada Rabu (10 Mei), lapor Kosmo Online.

Berita gembira dikongsikan suami beliau, Muhammad Shazli Azhar menerusi catatan di laman Instagram.

"Alhamdulillah, kami dikurniakan seorang lagi bayi lelaki dengan berat 3.4 kilogram.

“Kelahiran normal, Allah Maha Besar. Shariq Gabriel sudah menjadi seorang abang,” tulis beliau.

Shazli bagaimanapun tidak mendedahkan nama anak lelaki keduanya itu.

Pada Mac lalu, Emma berkongsi kepada umum bakal menimang cahaya mata lelaki kedua, sekali gus menyangkal ramalan ramai jantina bayinya ialah perempuan, lapor Kosmo Online.

Emma mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Shariq yang kini berusia dua tahun.
Sumber : Agensi berita/IM/im

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan