Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Emma Maembong dikritik muat naik gambar pam susu badan di tempat awam

Pelakon Emma Maembong menerima kecaman netizen kerana memuat naik gambar dirinya berjalan di luar dengan pam susu badan diikat pada seluar jeansnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Emma Maembong dikritik muat naik gambar pam susu badan di tempat awam

Pelakon Malaysia, Emma Maembong. (Gambar: Instagram/emma_maembongofficial)

Diterbitkan : 04 Feb 2021 05:40PM Dikemas Kini : 04 Feb 2021 09:29PM

MALAYSIA: Pelakon Emma Maembong menerima kecaman netizen kerana memuat naik gambar dirinya berjalan di luar dengan pam susu badan diikat pada seluar jeansnya.

Gambar tersebut dikongsinya di Instagram beliau pada Jumaat (29 Jan).

Beberapa netizen tidak puas hati dengan pilihan aksesori pelakon yang baru sahaja bergelar ibu itu. Mereka memberi komen negatif sehingga pelakon tersebut terpaksa menutup ruangan komen buat catatannya itu.

Menurut Malay Mail, kebanyakan komen berbentuk positif meskipun terdapat juga komen yang tidak begitu baik.

Salah seorang netizen berkata Emma sepatutnya "malu" kerana mengepam susu badan di tempat awam, sementara seorang lagi berkata beliau merupakan "pengaruh buruk".

Ada juga yang mengatakan bahawa Emma tidak sepatutnya melakukan demikian di tempat awam kerana ia "tidak sopan".

Pelakon berusia 29 tahun itu, yang nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kontroversi ini walaupun kakaknya, Beby Maembong, tampil mempertahankan adiknya itu.

Menurut Beby, netizen yang mengkritik adiknya itu "berfikiran kotor", lapor Malay Mail.

“Sebagai ibu menyusu kita melakukan yang terbaik untuk bayi kita. Tapi kat komen Emma Maembong ramai yang otak udang cakap tak malu, tengah pam pun nak tunjuk. Yang komen tu mesti belum ada anak atau ustaz palsu yang baru nak up. Vodooo (bodoh) berguni-guni tau," kata Beby Maembong, menurut laporan Malay Mail.

(Gambar: Instagram/emma_maembongofficial)

Beliau juga berpendapat bahawa gambar yang dimuat naik Emma itu tidak pelik atau salah sama sekali kerana beliau bukan menayang badan.

Emma dan suaminya, Muhammad Shazli Azhar, menjadi perbualan ramai bulan lalu selepas diuji positif COVID-19. Pelakon tersebut berkata beliau tidak menunjukkan sebarang tanda penyakit itu. Pasangan tersebut mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga bulan, Shariq Gabriel. 

Sumber : Agensi berita/NJ/nj
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan