Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Elyana terus jalani kemoterapi meski bebas barah

Anggaran Waktu Membaca:
Elyana terus jalani kemoterapi meski bebas barah

Gambar: Instagram/@elyanaofficial1

KUALA LUMPUR: Khalayak umum mengetahui penyanyi dan pelakon Elyana sudah bebas daripada penyakit barah limfoma yang dideritanya sejak 11 tahun lalu.

Sungguhpun begitu, menerusi perkongsian di Instagram baru-baru ini, Elyana mengakui masih lagi ‘berhutang’ rawatan kemoterapi walaupun sudah pulih daripada penyakit itu, lapor Astro Gempak.

“Hari ini adalah kemoterapi saya yang saya hutang lagi dua. Jadi kenapa saya buat kemoterapi?

"Ramai yang tanya. Kerana saya bertanggungjawab terhadap diri saya untuk habiskan dua lagi baki kemoterapi yang sepatutnya saya habiskan.

“Jadi hari ini merupakan hari yang sesuai (untuk menyambung semula rawatan),” Astro Gempak menukil perkongsian Elyana di Instagramnya.

Justeru, menerusi perkongsian seterusnya, Elyana memberitahu bahawa proses rawatan kemoterapinya sudah berjaya dan beliau mempunyai baki satu lagi rawatan yang perlu diselesaikan.

“Alhamdulillah! Selesai chemo… ada balance satu kali lagi. Result darah alhamdulillah bagus… hati, paru-paru semua cun (bagus). Tapi darah merah sahaja kurang sikit, bacaan 11.

“Tapi banyak beza… masa beberapa bulan lepas bacaannya 7 sahaja. Masa itu harus masuk darah. Terima kasih kepada yang selalu menderma darah. Tidak ternilai jasa anda. Love you!” tulis beliau.

Elyana pernah membuat kejutan apabila mendedahkan beliau menderita penyakit barah limfoma tahap empat ketika tersingkir daripada program Gegar Vaganza 4 pada 2017, lapor Astro Gempak. 

Menerusi pendedahan itu, Elyana berkongsi beliau menghidap barah sejak 2010 dan jangkaan awal doktor adalah pelakon serta penyanyi itu hanya mampu hidup selama setahun.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan