Skip to main content

Hiburan

Elly Mazlein undur diri sebagai pengacara All Stars Gegar Vaganza atas sebab peribadi

Anggaran Waktu Membaca:
Elly Mazlein undur diri sebagai pengacara All Stars Gegar Vaganza atas sebab peribadi

Gambar fail: Facebook Elly Mazlein Official

KUALA LUMPUR: Pengacara Malaysia Elly Mazlein memutuskan untuk mengundurkan diri sebagai pengacara program realiti, All Stars Gegar Vaganza.

Berita itu diumumkan oleh Astro dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada Rabu (11 Okt).

Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata Elly atau mesra dengan panggilan Kak Lina itu membuat keputusan berat atas sebab peribadi.

"Selepas memberi pertimbangan secara teliti, dengan rasa berat hati Astro ingin mengumumkan pengunduran Kak Lina dari program All Stars Gegar Vaganza atas soal peribadi. Walaupun sedih, Astro menghormati keputusan yang diambil.

"Astro ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kak Lina atas kesungguhan dan komitmen yang diberikan sepanjang siaran All Stars Gegar Vaganza.

"Pastinya peminat Kak Lina masih berkesempatan untuk menyaksikan personaliti yang disayangi ramai menerusi program Astro yang akan datang," katanya, dipetik daripada agensi berita BH Online.

Sementara itu, menerusi kenyataan sama, Elly turut memohon maaf apabila tidak dapat meneruskan tugasnya mengendalikan program bersama rakan pengacaranya, Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

"Saya mohon maaf tidak dapat meneruskan mengacara All Stars Gegar Vaganza atas sebab-sebab peribadi.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong saya sepanjang siaran All Stars Gegar Vaganza.

"Sesungguhnya saya amat menghargainya. Insya-Allah, kita doakan program All Stars Gegar Vaganza terus berjaya.

"Saya berharap agar peminat kekal menyokong semua bintang yang bertanding," katanya, lapor BH Online.

Program hiburan popular itu akan terus dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse serta barisan juri profesional dan bintang-bintang yang bertanding, menurut BH Online.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita