Elly Mazlein mohon maaf; umum watak 'Kak Lina' undur diri dari All Stars Gegar Vaganza
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: astrogempak/Instagram
KUALA LUMPUR: Pengacara All Stars Gegar Vaganza, Elly Mazlein memohon maaf sekiranya ada pihak yang tersinggung dengan cara pengacaraannya.
Menerusi menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya, Elly atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina memaklumkan beliau meletakkan semua kesalahan pada dirinya sendiri.
“Selepas Kak Lina membaca kesemuanya… Ya Kak Lina baca semua komen anda. Sudah masanya Kak Lina tidak perlu ada di GV demi menjaga hati anda dan semua pihak.
“Kak Lina meletakkan kesemua kesalahan pada diri sendiri,” tulisnya, lapor Astro Gempak.
Dalam hantaran yang sama, Elly memaklumkan beliau tidak berniat untuk melukakan hati sesiapa sebaliknya hanya melakukan kerja secara ikhlas dengan niat untuk mengiburkan orang ramai.
“Niat Kak Lina untuk menghiburkan, tapi lain pula jadinya. Buat semua orang yang tak berminat nak tengok GV pula.
“Sekali lagi Kak Lina meletakkan kesalahan pada diri sendiri,” maklumnya, menurut Astro Gempak.
Bagaimanapun, kata Elly, sekiranya kehadirannya kurang menyenangkan, dia mengundurkan diri sebagai karakter ‘Kak Lina’ dan menggantikannya dengan ‘Elly Mazlein.’
“Ya ramai yang mencari rezeki di GV. Demi kebaikan semua pihak, Kak Lina tak akan muncul lagi di GV. Minta maaf segala kekhilafan ya.
“Kak Lina tak bermaksud apa, memang nak menghiburkan. Jaga diri ya semua. Terima kasih di atas segala kemanisan yang Kak Lina rasa yg kak lina rasa sebelum ini.
“Terima kasih banyak-banyak. Insya-Allah Elly Mazlein akan mengantikan Kak Lina di GV nanti. Jadi 'I'll sign off', jaga diri semua,” jelasnya, lapor Astro Gempak.
Sebelum ini, ada segelintir netizen meluahkan rasa ketidakpuasan hati mereka terhadap gabungan tiga pengacara iaitu Nabil, Jihan dan Elly dalam satu pentas.
All Stars Gegar Vaganza menampilkan Ayai Ilusi (GV1), Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu serta Hady Mirza (GV6), Cliff Umar (GV7), Aliff Aziz (GV8) dan Jaclyn Victor (GV9).
Enam lagi nama yang dipilih menerusi 'hot seat' ialah Tomok, Suki Low, Nikki Palikat, Ezad Lazim, Zamani dan Liza Hanim.
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein.
Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Syafinaz Selamat pula bertindak sebagai juri tetap.
All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.