Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Elly Mazlein gementar pikul tanggungjawab sebagai pengacara baru GV9

Anggaran Waktu Membaca:
Elly Mazlein gementar pikul tanggungjawab sebagai pengacara baru GV9

Gambar: Agensi Berita

Diterbitkan : 20 Sep 2022 01:05PM Dikemas Kini : 20 Sep 2022 01:06PM
KUALA LUMPUR: Selepas berlangsung konsert pertama, musim kesembilan Gegar Vaganza (GV9) menyaksikan telatah pengacara Elly Mazlein turut menjadi perbualan ramai di media sosial.

Memetik laporan Harian Metro, beliau yang popular dipanggil Kak Lina Pom Pom mengakui gementar bagi memikul tanggungjawab sebagai pengacara baru dalam program tersebut.

“Memang gementar sampai rasa hendak pitam. Saya ambil tempat orang yang merupakan DNA GV, orang ramai kenal Nabil Ahmad dan Jihan Muse serta produksi program ini.

“Saya seperti jiran baru yang nak masuk rumah baru. Jadi, saya nekad buat cara sendiri, turuti kemahuan GV.

“Satu hal yang membantu juga adalah saya kenal semua bintang-bintang bertanding. Jadi saya hendak usik-usik pun tidak malu-malu.

“Saya pun masih bertatih dan paling risau penerimaan penonton. Oleh itu, saya buat saja yang terbaik. Itu pun periuk nasi kita. Takkan saya nak buat ala kadar,” kata pengacara Elly Mazlein kepada Harian Metro.

Penyanyi berusia 42 tahun itu berkata, beliau berharap tenaga serta kelincahan yang ditunjukkan secara siaran langsung itu mampu dikekalkan sehingga pusingan pentas akhir.

“Macam dalam kelaslah. Kalau hendak dapat kedudukan nombor satu, buat kerja rumah lebih. Saya buat sehabis baik kerana GV semua orang tahu dari musim pertama sampai lapan.

“Tugas itu agak berat sebenarnya kerana hendak kekalkan momentum GV yang mana semua orang tertunggu-tunggu. Saya jadi saja diri sendiri,” ujarnya lagi.

GV9 menyaksikan 13 bintang merebut gelaran juara iaitu Shila Amzah, Jaclyn Victor, Dina Nadzir, Pat Candy, Haida Hasnan, Tom, Tomok, Bob, Asheed, Fuad Rahman, Hazrul Nizam, Roy Kapilla dan kumpulan VE.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan