Ella kesal gambar diperguna, bakal saman penganjur
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: ellaaminuddins/Instagram)
KUALA LUMPUR: Enggan dipergunakan demi keuntungan pihak tidak bertanggungjawab, Ratu Rock, Ella bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur festival makanan yang didakwa menggunakan gambarnya dalam poster tanpa kebenaran, baru-baru ini.
Menerusi hantaran dibuat di Instagramnya, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminuddin itu turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab penganjur berkenaan.
"Saya kesal tindakan syarikat penganjur kerana mengguna imej saya untuk penganjuran Karnival Geggar Wanza Food Fest Mega yang berlangsung antara 23 Disember hingga semalam di Mydin MITC Mall Ayer Keroh, Melaka tanpa kebenaran."
"Kami percaya urus setia penganjuran melakukan promosi berterusan dengan menggunakan imej artis bagi mempromosi jualan reruai dan jenama majlis mereka," tulisnya, lapor agensi berita BH Online.
Dalam perkembangan berkaitan, penyanyi 'Sepi Sekuntum Mawar Merah' itu turut menitipkan pesanan kepada semua pihak agar berhati-hati dan tidak menjadi mangsa kepada penganjur berkenaan.
"Semua peniaga berkaitan dinasihatkan agar lebih waspada dalam semua urusan dan tidak terpengaruh dengan penganjuran tidak bertanggungjawab seperti ini."
"Saya menerusi pengurusan, Ben Jawi Ventures (BJV) akan mendapatkan khidmat nasihat undang-undang bagi mendidik penganjur agar lebih bertanggungjawab," tegasnya, lapor agensi berita BH Online.
Menerusi hantaran berbentuk poster dimuat naik penyanyi itu, selain Ella, acara itu turut membabitkan komposer dan penyanyi Harry Khalifah bersama anaknya, Chombi dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.