Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Ella cipta sejarah tiket konsert paling banyak habis dijual dalam 24 jam

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Konsert 'Jilid Akhir Ella: Puteri Kota' yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Sabtu (10 Jun) mencipta sejarah apabila ia menerima pengiktirafan 'Most Concert Tickets Sold Out: 10,000 Tickets in 24 Hours' oleh Malaysia Book of Records.

Pengiktirafan tersebut diberikan kepada Ratu Rock itu kerana menjadi artis tempatan pertama meraih kejayaan tersebut, menurut BH Online.

Ella malah meluahkan rasa bangga dan mengucapkan terima kasih atas sokongan diberikan.

"Saya hargai pengiktirafan diberikan. Saya juga berbangga dengan diri sendiri.

"Terima kasih atas sokongan anda," katanya pada sidang media selepas konsert berakhir dalam laporan BH Online.

Mengulas khabar angin bahawa ini adalah konsert terakhirnya, penyanyi lagu Sembilu ini menafikannya.

"Ini bukanlah konsert terakhir, sebaliknya apa yang berlaku malam ini (semalam) akan dimuatkan dalam jilid akhir buku yang saya terbitkan.

"Saya akan ke Singapura pada Ogos depan mengadakan konsert," katanya kepada BH Online.

"Semua orang tahu Amy adalah Raja Rock. Disebabkan itu, saya mengundangnya untuk berduet dengan saya," ujarnya.

Menerusi konsert sempena meraikan ulang tahun ke 35 dalam dunia muzik, Ella turut berduet dengan suaminya, Azhar Ghazali menerusi lagu Peace Love Rindu.

Konsert tersebut berlangsung selama dua malam berturut-turut iaitu malam tadi dan malam ini.

Antara rakan artis yang hadir memberi sokongan termasuklah Sheila Majid, Ziana Zain, Misha Omar, Rozita Che Wan, Noryn Aziz dan Ara Johari.
Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan