Ella ceburi industri fesyen muslimah
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Setelah berjaya bergelar “tauke cili”, Ratu Rock Malaysia Ella terus mengorak langkah dalam bidang perniagaan dan kali ini memilih bidang fesyen muslimah melalui jenama RockQueen yang ditubuhkannya tiga tahun lalu.
Ella, atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, 57 tahun, berkata langkah berkenaan diambil berdasarkan minat mendalamnya terhadap fesyen, selain keinginan untuk memberi inspirasi kepada perubahan diri dan budaya ekspresi diri.
RockQueen menurut isteri kepada Azhar Ghazali itu, diinspirasikan oleh gaya urban dengan sentuhan elegan minimalis yang menggabungkan perincian berani selain turut direka bagi memastikan keselesaan dalam pergerakan.
“Saya suka fesyen dan saya suka abaya (jubah), tetapi saya tidak mahukan abaya yang sama seperti yang biasa dilihat. Sebaliknya, saya mahukan abaya yang lebih bergaya dengan unsur-unsur berani, unik dan moden, sesuai dengan cita rasa saya.
“Setiap koleksi pakaian ini hasil ilham saya sendiri yang juga dipengaruhi oleh pengalaman saya selepas menunaikan haji,” katanya kepada media selepas pelancaran jenama itu di Muslimah Fest 2024, di sini baru-baru ini."
Biarpun sibuk dengan perniagaan, pelantun lagu Layar Impian ini berharap karier seninya juga terus bergerak seiring.
"Walaupun saya sibuk merancang melebarkan sayap perniagaan ke pasaran antarabangsa, saya juga berhasrat mengadakan konsert solo pada tahun depan.
“Kali ini, saya akan tampil dengan konsert yang berbeza. Saya teruja dan tidak sabar menantikannya. Jika tiada aral melintang, mungkin saya juga akan muncul dengan album baharu, insya-Allah,” katanya.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.