Eiss sudah rakam lagu untuk drama 60 episod, seterusnya lagu Raya
Belum pun selesai bertanding dalam Gegar Vaganza, Iskandar Ismail atau lebih dikenali ramai sebagai Eiss, sudah merakam lagu yang akan dijadikan sebagai lagu tema bagi sebuah drama baharu sepanjang 60 episod di negara jiran.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Belum pun selesai bertanding dalam Gegar Vaganza, Iskandar Ismail atau lebih dikenali ramai sebagai Eiss, sudah merakam lagu yang akan dijadikan sebagai lagu tema bagi sebuah drama baharu sepanjang 60 episod di negara jiran.
"Saya berduet dengan penyanyi Malaysia iaitu Idayu. 'Soundtrack' ini (untuk) satu drama. Tidak lama lagi akan disiarkan di Astro selama 60 episod. Alhamdulillah," kongsi Eiss dengan BERITA Mediacorp.
Bukan itu sahaja. Anak kepada penyanyi veteran R. Ismail ini bakal merakamkan lagu raya 'Pulanglah' yang asalnya dibawakan oleh Aishah.
"Jadi versi lagu 'Pulanglah' ini adalah versi saya sendiri. Kemungkinan saya akan merakam semula (juga) lagu 'Adakah Mungkin?'," ujar Eiss lagi.
Perkara ini disahkan MindOrder Sdn Bhd iaitu syarikat pengurusan yang sedang membantu Eiss mengukir nama di Malaysia.
Eiss memeterai kontrak bersama syarikat itu sebelum menyertai GV12.
"Saya lihat budaya orang di Singapura, (kalau) musim Ramadan dan Raya, sangat meriah berbanding Malaysia. Jadi kalau ada lagu raya khas untuk Iskandar, ia sangat menarik," jelas Pengarah Urusan MindOrder Sdn Bhd,Murshid Eunos.

"Sejujurnya apabila saya membuat kajian untuk menjadikannya salah seorang artis di bawah naungan MindOrder, saya nampak nada suaranya yang mana tidak pernah ada di dalam syarikat saya dan saya sendir. Dia adalah penyanyi yang dikenali sebagai penyanyi 'rock' di Singapura tapi jauh ke dalam, suara dia amat bertenaga, yang ada satu elemen balada dan boleh membawa tradisional." tambah Encik Murshid.
PRESTASI EISS DALAM GV SEJAUH INI
Diam tak diam, sudah masuk minggu kelapan musim ke-12 Gegar Vaganza pada Ahad (21 Dis).
Hakikatnya, nama Eiss kurang dikenali di Malaysia sebelum ini.
Namun dalam tempoh sekitar dua bulan, Eiss berjaya memecahkan rekod GV12 dengan menjadi peserta pertama dan satu-satunya sejauh ini, yang meraih markah lebih 80 peratus menerusi duet bersama Liza Aziz.
Beliau turut mengungguli pertandingan pada minggu seterusnya, sekali gus mencatat empat minggu berturut-turut di dua tempat teratas.
Malangnya, Eiss gagal mengekalkan prestasi itu sejak minggu keenam.
"Sebagai seorang penghibur, penyanyi, saya rasa tiap-tiap minggu ini persembahan kita ada turun dan naiknya lah. Ia menjadi satu pengajaran buat saya. Perlu kuatkan semangat dan (ini) memberikan saya satu kekuatan fizikal," luah Eiss.
Bagi minggu bertemakan 'Fun Fair Tok Ram' esok (21 Dis), Eiss dicabar membawakan lagu dalam Bahasa Telugu berjudul Golimar yang asalnya dinyanyikan oleh P.S. Balasubrahmanyam.
SYARIKAT PENGURUSAN YAKIN EISS BOLEH JADI "SESEORANG DI MALAYSIA"
Mengulas lanjut dalam satu wawancara bersama BERITA Mediacorp, Encik Murshid berkata pihaknya tidak begitu mengutamakan keputusan GV12 tetapi perjalanan artis itu sendiri.
Syarikatnya sudah menaungi beberapa artis ternama, termasuk juara GV6, Naqiu, Erra Fazira dan Noraniza Idris.
"Menang atau kalah itu soal kedua. Tugas kami untuk memastikan perjalanan kerjaya dia makin ke depan. Personaliti dan karakter dia sebagai seorang penyanyi, tidak ada lagi di Malaysia. Jadi, saya yakin Iskandar Ismail akan jadi 'seseorang' di Malaysia," kata Encik Murshid lagi.

Dalam mengharungi persaingan GV buat masa ini, Eiss juga menimba pengalaman daripada Naqiu.
"Abang Iskandar ada kualiti seorang juara sebab dengan teknik vokalnya, dengan pengalaman yang dia ada dan juga dengan pengetahuannya dalam menyanyikan bermacam-macam jenis lagu," ulas Naqiu.

"Ini jujur, sebagai seorang bekas peserta Gegar Vaganza."
Dianggarkan ada kira-kira lagi lima pusingan sebelum GV12 melabuhkan tirainya.

Sumber : BERITA Mediacorp/RL/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.