Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Ed Sheeran diuji positif COVID-19, akan lakukan persembahan dari rumah

Bintang pop Britain Ed Sheeran mengumumkan pada Ahad (24 Okt) bahawa beliau diuji positif COVID-19 dan akan melakukan temu bual dan persembahan dari rumah sedang beliau mengasingkan diri.

Anggaran Waktu Membaca:
Ed Sheeran diuji positif COVID-19, akan lakukan persembahan dari rumah

Gambar fail Ed Sheeran dipetik pada 2018 (Gambar: John MACDOUGALL / AFP)

Diterbitkan : 25 Oct 2021 09:19AM Dikemas Kini : 25 Oct 2021 09:21AM

LONDON: Bintang pop Britain Ed Sheeran mengumumkan pada Ahad (24 Okt) bahawa beliau diuji positif COVID-19 dan akan melakukan temu bual dan persembahan dari rumah sedang beliau mengasingkan diri.

Sheeran, 30 tahun, mendedahkan khabar itu di media sosial beberapa hari sebelum album studio terbarunya dijadual untuk dilancarkan.

"Kemas kini ringkas untuk maklumkan kepada anda bahawa malangnya saya diuji positif COVID, jadi kini saya sedang mengasingkan diri dan mematuhi panduan kerajaan," tulis Sheeran di Instagram.

"Ini bermakna saya kini tidak dapat meneruskan sebarang komitmen dengan kehadiran fizikal, jadi saya akan lakukan seberapa banyak mungkin wawancara/persembahan yang telah dijadual, dari rumah. Saya mohon maaf kepada pihak-pihak yang saya hampakan."

Sheeran baru-baru ini diumumkan sebagai tetamu muzikal bagi rancangan Saturday Night Live NBC pada 6 Nov.

Jurucakap bagaimanapun tidak segera mengesahkan persembahan mana yang akan dibatalkan Sheeran dan yang mana akan diteruskan dari rumah.

Laman rasmi Sheeran tidak menyenaraikan sebarang persembahan sebelum April. Album studio terbaru pemenang empat anugerah Grammy itu berjudul '=', atau disebut sebagai Equals.

Sumber : AP/TQ/tq

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa