Skip to main content

Hiburan

Ed Sheeran bakal buat persembahan di Teater Capitol sehari selepas konsert di Stadium Negara

Anggaran Waktu Membaca:
Ed Sheeran bakal buat persembahan di Teater Capitol sehari selepas konsert di Stadium Negara

Gambar: Chris Pizzello/AP

Diterbitkan : 06 Jan 2024 10:55AM
SINGAPURA: Para peminat Singapura Ed Sheeran yang terlepas membeli tiket konsert pada 16 Februari kini mempunyai satu lagi peluang untuk menyaksikan penyanyi itu beraksi di pentas - kali ini dalam suasana teater yang lebih intim.

Sheeran akan membuat persembahan satu malam sahaja di Teater Capitol pada 17 Februari, sehari selepas konsertnya di Stadium Negara.

Persembahan itu akan menampilkan lagu-lagu dari album Subtract dan Autumn Variations serta karya-karya terhebat beliau.

Menurut kenyataan media oleh penganjur acara AEG Presents, Sheeran juga akan berinteraksi dengan penonton dan berkongsi kisah beliau.

Tiket-tiket bagi persembahan itu berharga S$298 dan akan dijual kepada umum bermula 3.00 petang pada Jumaat (12 Jan) melalui Ticketmaster.

Anggota KrisFlyer juga boleh menebus tiket seminggu lebih awal, bermula 10.00 pagi pada 5 Jan, menerusi KrisFlyer Experiences.

Mereka boleh menebus sepasang tiket Kategori 1 Berdiri dan Kategori 2, masing-masing bagi 63,000 dan 78,000 batu perjalanan.

Ia juga dihadkan kepada empat tiket bagi kedua-dua kategori.
Sumber : CNA/IM/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita