Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Dunia seni M'sia kehilangan sebutir bintang dengan pemergian Mamat Khalid: PM Ismail Sabri

Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri Yaakob menyifatkan dunia seni negara kehilangan sebutir bintang dengan pemergian pengarah filem terkenal Allahyarham Mamat Khalid tengah malam tadi.

Anggaran Waktu Membaca:
Dunia seni M'sia kehilangan sebutir bintang dengan pemergian Mamat Khalid: PM Ismail Sabri

(Gambar: Facebook/Ismail Sabri Yaakob)

Diterbitkan : 24 Oct 2021 02:16PM Dikemas Kini : 24 Oct 2021 02:20PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri Yaakob menyifatkan dunia seni negara kehilangan sebutir bintang dengan pemergian pengarah filem terkenal Allahyarham Mamat Khalid tengah malam tadi.

PM Ismail Sabri menerusi catatan di akaun Facebook beliau hari ini (24 Okt), berkata Allahyarham merupakan antara penerbit serta pengarah tersohor tanah air dan disegani dalam dunia perfileman negara. 

“Takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham dan para penggiat seni tanah air di atas kehilangan ini. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh,” katanya. 

Mamat, 58 tahun, dilaporkan rebah di kafenya di Sarang Art Hub, Tanjung Malim tengah malam tadi sebelum dibawa ke Hospital Slim River dan disahkan meninggal dunia.

Antara filem arahannya ialah ‘Zombi Kampung Pisang’, ‘Hantu Kak Limah’, ‘Rock’ dan ‘Kala Malam Bulan Mengambang’ yang dinobatkan sebagai filem terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-21 pada 2008.

Allahyarham atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid, merupakan seorang penulis skrip dan pengarah filem selain merupakan adik kepada kartunis terkenal negara Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan