Skip to main content

Hiburan

Dulu netizen benci, lakonan Iqbal Zulkefli kini pikat ramai penonton

Anggaran Waktu Membaca:
MALAYSIA: Nama pelakon dan usahawan sensasi Iqbal Zulkefli menjadi sebutan ramai selepas lakonan bersahajanya dalam drama Perempuan Itu dipuji penonton.

Kata Iqbal, 29 tahun, dia bersyukur apabila orang ramai mula melihat bakat sebenarnya memandangkan selama ini dirinya dikenali dengan pelbagai isu panas, lapor mStar.

Dia juga terkejut apabila ada netizen yang dahulu membencinya kini mula memberi sokongan selain turut ingin melihat dia terus beraksi dalam drama televisyen.

"Memang ramai puji, sekarang pun kalau pergi mana-mana orang kenal saya sebagai pelakon sekarang ini. Saya kalau menyanyi dapat empat markah tapi berlakon bolehlah dapat 20 markah.

"Saya pula lahir dari kontroversi, dengan drama ini akhirnya sisi saya yang sebenarnya orang mula nampak yang saya ini pandai berlakon.

"Saya rasa ia sesuatu yang baru, tapi sebenarnya saya boleh beri lebih dalam lakonan saya," katanya kepada mStar.

Memegang watak Iqbal dalam drama Perempua Itu, Iqbal berkata ia merupakan karya pertamanya tanpa menghadiri mana-mana kelas lakonan.

Dia bagaimanapun mempertimbangkan untuk mengikuti kelas lakonan selepas ini bagi memantapkan lagi bakatnya yang sedia ada.

"Saya memang ada perancangan nak masuk kelas lakonan untuk mantapkan lagi lakonan saya. Saya pun dah mula serius dalam berlakon sebab pengarah pun dah mula nampak bakat saya sekarang ini," ujarnya.

Berkongsi mengenai watak idaman, Iqbal menantikan watak yang mampu memberikan pengajaran kepada penonton kerana ia lebih memuaskan hatinya sebagai pelakon.

Tambahnya, dia juga tidak pernah meletakkan harga tinggi kerana bimbang sekiranya penerbit takut mendekatinya bagi menawarkan peluang lakonan.


 
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita