Duet dengan artis baharu cara kekal relevan, kata Jamal Abdillah
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Esplanade)
KUALA LUMPUR: Penyanyi Jamal Abdillah mengakui strategi duet bersama artis baharu merupakan salah satu cara kekal relevan dalam industri.
Meskipun terbuka untuk mencuba sesuatu yang baharu, Jamal, 64 tahun, berkata beliau tidak mahu lari daripada konsep lagu-lagu pop yang telah diperjuangkan sekian lama, lapor mStar.
"Saya ini sudah berusia, jadi kalau nak kekal relevan inilah caranya. Saya berduet dengan artis-artis baharu supaya terus kekal berada dalam industri."
"Ramai artis baharu yang berbakat. Tak salah untuk saya bekerjasama dengan mereka.
"Bagaimanapun, genre pop itu perlulah dikekalkan. Sebelum ini pernah tampil lagu rock, tetapi ada bunyi pop," katanya kepada mStar.
Jamal ditemui ketika sidang media Konsert Jamal Abdillah Live In Concert yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Isnin (31 Jul).
Istimewa untuk konsert kali ini, Jamal akan tampil dengan seorang penyanyi lelaki legenda selain dua orang anakya iaitu Yamani Abdillah dan Zaki Yamani.
"Saya tidak boleh dedahkan siapa penyanyi lelaki yang akan berduet pada acara itu nanti. Saya kena hormat pihak penganjur dan biarlah mereka umumkan nanti.
"Tentang hasrat berduet dengan anak pula, saya sudah maklumkan cuma apabila melibatkan syarikat pengurusan perlu ada perbincangan lanjut."
"Saya memang teringin untuk tampilkan anak-anak dalam acara besar sebegini," ujarnya.
Dalam pada itu, Jamal juga berkata beliau akan mengurangkan persembahan awam bagi menjaga eksklusiviti sebelum menjelang hari konsert.
Malah beliau sudah mula menghafal lagu-lagu yang dipilih untuk konsert pada September itu.
"Walaupun dah banyak kali menyanyi, saya kena buat persiapan untuk konsert ini. Saya juga tinggalkan seketika kerja-kerja lain supaya dapat memberi fokus."
"Selain itu, pastinya akan kurangkan kemunculan dalam mana-mana acara. Konsert ini melibatkan penganjur, jadi kena menjaga nilai eksklusif," jelasnya.
Konsert berkenaan bakal diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan tiket boleh didapati secara online di www.myticket.asi.
Pihak penganjur iaitu Shiraz Project juga menjanjikan acara tersebut akan berlangsung selama dua malam sekiranya tiket habis dijual.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.