Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Dua hawa berbakat antara pemenang Pesta Filem Belia SG 2024

Anggaran Waktu Membaca:
Dua hawa berbakat antara pemenang Pesta Filem Belia SG 2024

Gambar: Radiahtul Maisara Zackari, 20 tahun (kiri) dan Zhakyra Zulkiflee, 21 tahun (kanan)

SINGAPURA: Selepas dua minggu meraikan kreativiti golongan belia, Pesta Filem Belia Singapura (SYFF) mencapai kemuncaknya pada Rabu (13 Nov), dengan pengumuman pemenangnya di satu majlis penyampaian anugerah di *SCAPE.

Tahun ini, pesta tersebut menerima 254 penyertaan filem yang merangkumi pelbagai genre.

Salah seorang penerima anugerah ialah Zhakyra Zulkiflee, 21 tahun, dari LASALLE College of the Arts bagi kategori Sinematografi Terbaik.
Gambar: *SCAPE
Bertajuk 'Sacred Cow,' filem itu mengisahkan kehidupan pekerja migran di mana seekor lembu menjadi simbol bagi hak pekerja dan maruah mereka.

“Saya berasa terharu, gembira dan bersyukur. Oleh kerana saya selalu nampak pengarah fotografi semuanya lelaki, ” kata Zhakyra kepada BERITA Mediacorp.

Zhakyra berkongsi cabaran-cabaran yang dihadapinya semasa proses penggambaran.

“Ketika kami berada di set penggambaran, selama 4-5 hari hujan lebat. Kami harus fikir cara menyesuaikan adegan ini agar sepadan dengan keseluruhan skrip,” ujar Zhakyra.
Gambar: Zhakyra Zulkiflee
Pelajar tahun tiga di LASALLE Film ini menang dalam kategori Sinematografi Terbaik, mengalahkan 27 penyertaan lain.

Dalam kategori pelajar yang sama untuk SYFF 2024, Radiahtul Maisara Zackari, 20 tahun, bekas pelajar dari Politeknik Temasek meraih anugerah Pengarahan Seni Terbaik.

Filem ‘The Pirates Club’ mengisahkan tiga graduan maktab rendah yang berada di ambang perubahan, dengan Perkhidmatan Negara bermula keesokan harinya.
Gambar: Radiahtul Maisara Zackari
Filem itu adalah projek tahun akhir Radiahtul, di mana dia memegang peranan sebagai Pengarah Seni.

“Ia adalah satu set yang sangat menyeronokkan, tetapi ia juga sangat sukar kerana dalam filem ini ada banyak lokasi. Kami hanya mempunyai satu minggu untuk membuat penggambaran dan ada banyak perkara perlu disiapkan,” kongsi Radiahtul.

Radiahtul juga berkatadia sendiri keluarkan duit untuk menghasilkan filem pendek itu, di mana sebahagian besar dana datang daripada wang, hasil latihan amali atau ‘internship’ pasukannya.

Bagi mengurangkan kos, Radiahtul membeli barang-barang seperti ‘props’ dan pakaian terpakai dan kedai online.
Gambar: Radiahtul Maisara
Apabila ditanya tentang reaksinya selepas menerima anugerah, dengan rendah hati Radiahtul berkata dia tidak menjangkakan untuk menang dan menganggap anugerah itu benar-benar milik pasukannya.

"Pasukan saya bekerja keras untuk menghasilkan filem ini, tetapi dengan anugerah ini, ia benar-benar meningkatkan keyakinan saya berkali-kali ganda," kata Radiahtul.

Tahun ini menandakan edisi ke-10 Anugerah Filem Belia (NYFA), yang kini dikenali sebagai Pesta Filem Belia Singapura (SYFF).

Acara di *SCAPE itu dianjurkan dengan kerjasama Festival Filem Antarabangsa Singapura (SGIFF).

Inisiatif baharu itu diperkenalkan bagi memperkayakan perjalanan pembuat filem muda, selain memberi peluang kepada semua filem yang tercalon untuk ditayangkan di lokasi ternama, Golden Village x The Projector di Cineleisure.
Sumber : BERITA Mediacorp/ft
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan