Skip to main content

Hiburan

Dua hari tidak dapat berjalan, Awie dedah sakit misteri

Penyanyi Malaysia Awie mengakui bahawa keadaan kesihatannya tidak begitu baik sejak beberapa hari lalu sehingga menyebabkan beliau bertongkat ketika menghadiri majlis 'Together-Gether Hantu Kak Limah' yang diadakan di Sampling Fourteen, Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur pada Rabu (5 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Dua hari tidak dapat berjalan, Awie dedah sakit misteri

Awie di majlis 'Together-Gether Hantu Kak Limah'. (Gambar: @awieofficial/Instagram)

Diterbitkan : 07 Sep 2018 04:45PM Dikemas Kini : 07 Sep 2018 04:56PM

KUALA LUMPUR: Penyanyi Malaysia Awie mengakui bahawa keadaan kesihatannya tidak begitu baik sejak beberapa hari lalu sehingga menyebabkan beliau bertongkat ketika menghadiri majlis 'Together-Gether Hantu Kak Limah' yang diadakan di Sampling Fourteen, Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur pada Rabu (5 Sep).

Agensi berita Sinar Harian melaporkan Awie sebagai berkata bahawa penyakit misteri itu menyerang di bahagian kaki sehingga beliau tidak dapat berjalan pada hari pertama dan kedua.

“Dua hari saya terlantar di rumah dan tidak dapat berjalan kerana ia menyerang di kedua-dua belah kaki.

“Alhamdulillah, selepas beriktiar, keadaan saya bertambah baik semalam dan sudah boleh berjalan biarpun dengan menggunakan tongkat,” ujar Awie.

Pada masa yang sama, Awie yang bakal terlibat dalam Baik Punya Konsert 4D di Singapura pada bulan Oktober ini memberitahu Sinar Harian bahawa beliau turut berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.

“Saya ada berjumpa doktor dan diberikan ubat, tapi keadaannya masih juga sama. Apa pun tidak mengapalah saya anggap ini sebagai ujian buat saya dan dan cuba cari iktiar untuk kembali pulih,” kata beliau.

Sinar Harian difahamkan ini bukan kali pertama beliau diserang penyakit misteri itu, sebaliknya sudah beberapa kali berlaku sejak lebih 13 tahun lalu.

Awie berkata: “Penyakit dan gangguan misteri ini sebenarnya dah lama saya alami, cuma ia ‘on and off’. Datang tak mengira waktu dan pada bila-bila masa sahaja pada siang atau malam.

“Nasib baiklah kali ini dia berlaku ketika saya tidak terikat dengan urusan kerja, jadi saya boleh tumpukan pada rawatan.

“Bukan saya sahaja yang mengalami gangguan itu, tetapi isteri juga boleh nampak kewujudan benda-benda tersebut sehingga dia tak berani nak duduk rumah sorang-sorang."

Apabila ditanya adakah penyakit misteri itu disebabkan hasad dengki orang terhadap beliau, Awie enggan mengulas lanjut.

“Apa yang penting bagi saya adalah beriktiar sampai berjaya untuk buang gangguan dan sembuhkan penyakit ini.

“Makin zaman moden, makin kuno pemikiran sesetengah orang. Malah lebih teruk, iman mereka juga semakin hilang. Tak tahu kenapa,” kata beliau.   

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita