Drama SG All That Glitters, 4 dokumentari CNA bakal disiarkan di Netflix
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Mediacorp)
SINGAPURA: Drama yang memenangi lapan anugerah di acara Star Awards 2024, All That Glitters dan empat dokumentari CNA akan ditayangkan di Netflix, umum Mediacorp dalam satu kenyataan media pada Selasa (30 Apr).
All That Glitters mengisahkan kehidupan tiga rakan yang didorong jenayah dan kemusnahan dalam usaha mengatasi nasib mereka.
Drama itu yang akan membuat penampilan di Netflik pada 1 Jun, menang lapan anugerah di acara Star Awards 2024, termasuk Drama Bersiri Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.
Bulan ini, empat dokumentari CNA juga akan mula disiarkan di Netflix.
Musim 1 dan 2 Slumfood Millionaire, siri dokumentari yang meraikan hidangan yang dibuat oleh tukang masak berbakat di kawasan setinggan Asia, akan ditayangkan di platform penstriman itu mulai Jumaat (3 Mei).
Sementara itu, Brothers In Arms, yang mengisahkan jenayah dan keganasan di Singapura dari awal 1960-an dan 1970-an, akan mula disiarkan pada 10 Mei.
Penonton juga boleh mendapatkan akses eksklusif kepada operasi pengangkutan udara di Lapangan Terbang Changi menerusi tayangan Premium Rush: Inside Air Cargo Singapore mulai 17 Mei.
Akhir sekali, musim kedua Inside Crime Scene, siri dokudrama yang meninjau semula beberapa jenayah kejam dari tahun 1980-an hingga yang lebih baharu, akan disiarkan bulan ini. Musim 1 sudah pun ditawarkan di Netflix.
“Kami gembira dapat bekerjasama dengan Netflix sekali lagi untuk menampilkan beberapa produksi tempatan terbaik kepada penonton di luar Singapura. Kami berharap penonton akan menikmati drama kami serta dokumentari yang memperkaya dan merangsang pemikiran, ” kata ketua pengedaran kandungan Mediacorp, Jesslyn Wong.
Perjanjian terbaharu itu susuli beberapa perjanjian terdahulu antara Mediacorp dan Netflix, termasuk melancarkan drama bertemakan jenayah Melayu Operandi Gerhana secara serentak di Netflix dan mewatch pada September tahun lepas, kata Mediacorp.

Sumber : CNA/SU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.