Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Dr Mahathir ajak M'sia hargai kemerdekaan menerusi filem pendek

Menerusi filem pendek berjudul ‘Harapan Merdeka’, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohammad ingin rakyat Malaysia lebih menghargai kemerdekaan yang dicapai negara sejak 61 tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Mahathir ajak M'sia hargai kemerdekaan menerusi filem pendek

Petikan gambar daripada filem pendek yang dihasilkan.

Diterbitkan : 17 Aug 2018 01:32PM Dikemas Kini : 17 Aug 2018 01:40PM

KUALA LUMPUR: Menerusi filem pendek berjudul ‘Harapan Merdeka’, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohammad ingin rakyat Malaysia lebih menghargai kemerdekaan yang dicapai negara sejak 61 tahun lalu.

Dalam filem yang dimuat naik ke laman Facebook beliau semalam (16 Ogos) bersempena Hari Kebangsaan yang bakal disambut pada 31 Ogos ini, Dr Mahathir berkata ramai menganggap kemerdekaan itu biasa sahaja walaupun ia memberi banyak kebaikan kepada semua warga Malaysia.

“Tapi kita kadang-kadang lupa menghargai kemerdekaan. Keadaan sudah berubah. Mereka sudah hidup senang lenang. Seolah-olah kemerdekaan itu biasa sahaja,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian dalam babak perbualan bersama dua beradik yang membawa watak Aisyah dan Adam dalam filem pendek itu.

Pemimpin berusia 93 tahun itu menjawab persoalan Aisyah dan Adam yang bertanya kepada beliau mengapa rakyat Malaysia dilihat kurang mengibarkan Jalur Gemilang.

Hari Kebangsaan, kata perdana menteri, akan menjadi lebih meriah jika rakyat Malaysia mengibarkan Jalur Gemilang sewaktu merayakan hari yang bersejarah itu selain dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

Dr Mahathir yang mesra dipanggil ‘Atuk’ dalam filem 9 minit itu turut bangga dengan tindakan murni dua beradik berkenaan yang berusaha gigih mengedarkan Jalur Gemilang kepada orang ramai termasuk rakan-rakan mereka bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan