Dolla rancang adakan konsert di SG
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: dolla.official
KUALA LUMPUR: Selepas konsert sulung yang dipentaskan di Zepp Kuala Lumpur pada Ogos lalu mendapat sambutan hangat, Dolla merancang membawa persembahan eksklusif itu ke seberang tambak tidak lama lagi.
Memilih Singapura sebagai lokasi pertama konsert di luar negara, Dolla yang dibarisi Sabrina Wan Rusli atau Sabronzo, Tabitha Ariel Lam (Tabby) dan Angelina Chai Ka Ying (Angel), menyasar persembahan itu dipentaskan menjelang suku ketiga tahun ini.
Tabby berkata, Dolla mahu bertandang ke Singapura selepas melihat ramai peminat dari negara itu datang menyaksikan mereka beraksi di Kuala Lumpur.
"Namun, buat masa ini, lokasi dan kapasiti penonton untuk konsert di Singapura belum diputuskan. Semuanya masih dalam perancangan dan butiran lanjut akan diumumkan kelak," katanya, dipetik daripada agensi berita BH Online.
Ditemui di majlis pelancaran perasa baharu minuman Yeo's atas koc Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad yang bergerak dari Stesen Kuala Lumpur ke Serendah, Selangor, baru-baru ini, Tabby berkata, konsert di Singapura adalah bagi menghargai peminat yang menggelarkan diri mereka 'iDollas'.
"Secara jujur, sukar bagi kami menggambarkan penghargaan dalam bentuk perkataan. Bagaimana seronok dan rasa bersyukur setiap kali dapat bertemu peminat. Tanpa mereka, kami tidak berada di sini hari ini.
"Peminat adalah suatu bahagian yang hebat dalam perjalanan seni ini. Kami sangat bersyukur dan berterima kasih atas sokongan mereka," katanya, menurut BH Online.
Selain berkongsi pelantikan mereka sebagai duta rangkaian produk Yeo's, Dolla mengumumkan bakal tampil dengan projek istimewa dan single baharu.
Tabby berkata, petunjuk yang boleh dikongsi setakat ini adalah produk yang bakal dilancarkan awal tahun ini bertaraf antarabangsa.
"Maklumat lanjut belum boleh dikongsi. Kami juga akan melancarkan single baharu yang memaparkan sisi berbeza, iaitu Dolla yang lebih matang.
"Kali ini, kami lebih banyak terbabit dalam proses ciptaan lagu. Biarpun lagu rancak, karya itu akan memperlihatkan personaliti kami," katanya, lapor BH Online.
Menurutnya, selepas lebih lima tahun menimba pengalaman dalam dunia seni, banyak ilmu yang mahu diketengahkan menerusi karya baharu itu.
"Kami ada idea sendiri dan mahu menjadikannya sebahagian daripada karya kami. Selain itu, kami mahu karya yang dihasilkan kedengaran lebih asli dan menonjolkan personaliti diri. Kami rasa soal itu penting dalam perkembangan artis.
"Pada awal kemunculan, kami tidak tahu tulis lagu. Selepas beberapa tahun, kami belajar daripada komposer dan penulis," katanya yang teruja berkongsi evolusi kumpulan itu sejak mula bertapak.
Tabby berkata, dia dan teman-teman berharap diundang menjayakan festival muzik antarabangsa di luar negara, tahun ini.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.