Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Dokumentari 'Siti: Are You Ready?'; penutup tirai 2021 dari Siti Nurhaliza untuk peminat

Anggaran Waktu Membaca:
Dokumentari 'Siti: Are You Ready?'; penutup tirai 2021 dari Siti Nurhaliza untuk peminat

(Gambar: Siti Nurhaliza/Instagram)

KUALA LUMPUR: Sejak dari hari pengumuman pada Rabu lalu (22 Dis) mengenai tayangan filem dokumentarinya, laman Facebook rasmi penyanyi Siti Nurhaliza tidak putus-putus menerima kunjungan daripada peminat-peminatnya. 

Melalui apa yang dikongsi tulang belakangnya itu, Siti Nurhaliza tentu sekali kekal sebagai penyanyi kesayangan mereka.

Justeru, pengumuman tayangan filem dokumentari, 'Siti: Are You Ready?' dan Konsert Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour - Live In Concert terbitan Siti Nurhaliza Productions (SNP) dan Shiraz Projects di Astro First bermula hari ini (31 Dis)disambut mereka dengan penuh kegembiraan.

Berita gembira yang dikongsi penghibur berusia 42 tahun itu seakan mengubati kerinduan melihat bintang kesayangan mereka di pentas sekalipun, hanya dapat menonton di kaca TV.

“Setiap kali saya muncul dengan karya atau buah tangan terbaru, saya tahu bagaimana sokongan peminat terutama mereka telah lama menanti. Inikan pula sebuah filem dokumentari yang pertama kali saya muncul namun saya secara peribadi mahukan agar 'Siti: Are You Ready?' mengakhiri 2021 dengan sesuatu yang manis,” kata Siti Nurhaliza dalam wawancara dengan Astro AWANI.

Filem dokumentari itu menggambarkan perjalanan peribadi penyanyi tersebut dan sewajarnya, naskhah istimewa tersebut dikongsi dengan seluruh masyarakat.

Kata ibu kepada dua cahaya mata Siti Aafiyah Khalid dan Muhammad Afwa Khalid itu, karya berkenaan berlatarkan realiti, bukan lakonan.

“Itulah sisi sebenar saya sebagai Siti Nurhaliza. Anda akan lihat bagaimana saya berkejar dari satu tempat ke satu tempat, gaya sederhana saya, makan juga hanya sempat dalam kereta dan sebagainya. Semua itu bukan lakonan kerana setiap gerak geri saya dirakamkan,” dedah penyanyi masyhur itu lagi kepada pihak Astro AWANI. 

'Siti: Are You Ready?' merupakan sebuah filem dokumentari sepanjang 80 minit yang menampilkan detik di atas dan di belakang pentas, persembahan langsung serta “Untold Story” sepanjang jelajah Konsert "Dato’ Sri Siti Nurhaliza on Tour" di tiga buah negara iaitu Indonesia (Jakarta), Singapura dan Malaysia (Kuala Lumpur).

Manakala, Dato’ Sri Siti Nurhaliza on Tour – Live In Concert ialah gabungan rakaman tiga destinasi yang difilemkan di hadapan sekitar 20,000 para peminat sepanjang konsert jelajah berlangsung di Jakarta, Singapura dan Kuala Lumpur pada 2019. Konsert tersebut berlangsung dengan jayanya pada 21 Februari 2019 (Istora Senayan, Jakarta), 2 Mac 2019 (Singapore Expo, Singapura) dan 16 Mac 2019 (Axiata Arena, Kuala Lumpur).

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan