Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Dokumentari CNA "The Exiles" dicalonkan bagi Anugerah Emmy

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: "The Exiles", sebuah dokumentari 2023 terbitan CNA, rangkaian berita Asia berbahasa Inggeris yang berpangkalan di Singapura, telah dicalonkan untuk Anugerah Emmy Antarabangsa.

Dihasilkan oleh pengarah British, Tom St John Gray, siri dua bahagian itu memaparkan pengusiran secara paksa beberapa lelaki Asia dari Britain dan Australia selepas perang, dan kesannya terhadap keturunan mereka.

Para individu yang ditemu bual termasuk Peter Foo, warga Britain yang dibesarkan dengan tanggapan bahawa bapanya telah meninggalkan keluarga mereka, dan hanya mengetahui kemudian bahawa bapanya sebenarnya telah diekstradisi.

"The Exiles" dicalonkan dalam Kategori Dokumentari Terbaik, di samping Transo dari Brazil, The Billionaire dari Perancis, The Butler And The Boyfriend, dan Otto Baxter: Not A F**king Horror Story dari Britain.

Satu lagi karya dari Singapura yang telah dicalonkan bagi Anugerah Emmy Antarabangsa 2024 ialah Sharkdog Musim 3 oleh studio Singapura, One Animation.

Dalam kenyataannya, Bruce L Paisner, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Antarabangsa berkata: “Setiap tahun masyarakat televisyen antarabangsa bersaing untuk diiktiraf di pentas global bagi Anugerah Emmy Antarabangsa yang menjadi rebutan ramai.

"Kami mengucapkan tahniah kepada calon-calon atas program dan persembahan cemerlang mereka, mereka sekali lagi menjadi bukti daya tarikan universal penceritaan yang hebat merentasi semua bentuk genre, negara dan budaya."
 
Bercakap kepada CNA, pengarah Tom St John Gray turut menyentuh tentang pencalonan "The Exiles": "Ia adalah satu penghormatan yang luar biasa untuk The Exiles dicalonkan bagi Dokumentari Terbaik bagi Anugerah Emmy Antarabangsa - dan kami sangat teruja untuk siri ini mewakili pencalonan pertama CNA untuk pertandingan ini, kerja keras dan keazaman oleh pasukan produksi CNA dan kemurahan hati para penyumbang yang menjadikan semua ini satu realiti.

“The Exiles terus mendapat perhatian ramai yang belajar tentang cerita ini buat kali pertama, dan sangat menyentuh hati untuk menerima kiriman mesej daripada para individu yang percaya bahawa mereka ada kaitan dengan cerita ini.

"Saya berbesar hati untuk mengalu-alukan salah seorang protagonis utama kami, Barbara Ong Janecek, ke Singapura pada hujung tahun lalu ketika dia mencari petunjuk tentang bapanya yang hilang dari Liverpool. Ini menunjukkan pengaruh berterusan siri ini, bahawa ia masih relevan dengan usaha untuk mencari bapanya hingga ke hari ini."

The Exiles telahpun memenangi beberapa anugerah, termasuk Emas untuk Program Fakta Terbaik untuk pelbagai pasaran bagi Anugerah ContentAsia 2023 dan Emas untuk Sejarah & Masyarakat bagi Anugerah Pesta TV & Filem New York 2024.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan