Skip to main content

Hiburan

Dokumentari baharu tentang sejarah 25 tahun pawagam Singapura akan disiar di wadah Mediacorp

Dokumentari sempena ulang tahun ke-25 Suruhanjaya Filem Singapura (SFC) akan membawa para penonton mengikuti perjalanan pawagam di Singapura sepanjang 25 tahun lalu dan memaparkan kesannya kepada pawagam Asia.

Anggaran Waktu Membaca:
Dokumentari baharu tentang sejarah 25 tahun pawagam Singapura akan disiar di wadah Mediacorp

(Gambar: IMDA)

Diterbitkan : 21 Feb 2024 11:14PM
SINGAPURA: Dokumentari sempena ulang tahun ke-25 Suruhanjaya Filem Singapura (SFC) akan membawa para penonton mengikuti perjalanan pawagam di Singapura sepanjang 25 tahun lalu dan memaparkan kesannya kepada pawagam Asia.

Dokumentari selama 45 minit yang berjudul "Singapore Films: To The World And Back" akan menampilkan wawancara khas bersama veteran terkenal dalam industri pawagam Singapura, termasuk Jack Neo, Anthony Chen, Eric Khoo, Nicole Midori Woodford, Teh Su Ching, Raihan Halim, Janice Chua dan Tan Si En.

Dihasilkan oleh sekumpulan cendekiawan SG Digital dari Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) dan dipimpin oleh pembuat filem yang pernah memenangi anugerah BAFTA, Low Ser En, dokumentari itu juga akan memaparkan bagaimana para pembuat filem Singapura menjalin kerjasama dengan industri filem dan bakat-bakat dari seluruh Asia Tenggara.

"Dalam dokumentari 'Singapore Films: To The World And Back", kami mahu menyampaikan kisah mengenai para pembuat filem, di mana semangat dan ketabahan mereka mengatasi pelbagai cabaran termasuk pandemik dalam industri filem," kata pembuat filem tempatan Low Ser EN.

Penolong Ketua Eksekutif Media, Inovasi, Perhubungan dan Pemasaran di IMDA, Justin Ang berkata: "Singapore Films: To The World And Back bukan sahaja mengiktiraf pencapaian dahulu tetapi ia juga memberikan gambaran masa hadapan tentang masa depan pawagam bagi industri filem Singapura."

Dokumentari itu diarahkan oleh pengarah tempatan Wee Li Lin dengan Rachel Liew dan Calleen Koh masing-masing memimpin bahagian sinematografi dan grafik gerakan.

"Kami harap dapat memberikan warga Singapura sudut pandangan lebih mendalam tentang masyarakat pembuat filem kita yang berbakat dan mendapatkan sokongan mereka untuk bakat-bakat tempatan sedang mereka terus menempa nama di persada dunia," kata Cik Ang.

Dokumentari "Singapore Films: To The World And Back" akan disiarkan di mewatch pada 21 Februari dan di saluran 5 pada 28 Februari pada pukul 11.00 malam.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita