Doktor nasihat isteri Jamal Abdillah jangan hamil lagi
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Astro Awani)
MALAYSIA: Penyanyi Jamal Abdillah memberitahu bahawa isterinya Zai Izzati Khiruddin dinasihatkan oleh doktor agar tidak hamil lagi selepas ini.
Menurut Jamal, ia disebabkan isterinya sudah empat kali menjalani pembedahan untuk melahirkan semua zuriat mereka, lapor Astro Awani.
"Alhamdulillah, dah empat orang (anak) cukup lah. Doktor pun nasihatkan dan tak benarkan isteri saya hamil sebab semua anak kami lahir secara pembedahan.
“Apapun, syukur kesihatan bayi dalam kandungan isteri saya sekarang berada dalam keadaan baik," katanya.
Terdahulu, Jamal memaklumkan isterinya Zai Izzati Khiruddin akan melahirkan bayi mereka pada 14 April ini.
Menurut Jamal, isterinya akan melahirkan anak bongsu mereka secara pembedahan mengikut tarikh yang ditetapkan oleh doktor.
Jamal mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati pada 1 April 2017 dan mereka memiliki tiga anak iaitu Nur Azura Yamani, tiga tahun El Isaac Yamani atau Zack, dua tahun, dan Iskandar Rayyan Yamani kini berusia setahun.
Jamal mempunyai dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 21 tahun, dan Ahmad Zaki Yamani, 17 tahun menerusi perkahwinan terdahulunya.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.