Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

'Doakan yang terbaik buat saya dan anak-anak' - Ziana Zain

"Doakan yang terbaik buat saya dan anak-anak."

Anggaran Waktu Membaca:
'Doakan yang terbaik buat saya dan anak-anak' - Ziana Zain

(Gambar: Instagram Ziana Zain)

Diterbitkan : 07 Mar 2018 08:19AM Dikemas Kini : 07 Mar 2018 08:55AM

KUALA LUMPUR: "Doakan yang terbaik buat saya dan anak-anak."

Itulah respons ringkas penyanyi Ziana Zain ketika dihubungi Astro AWANI selepas suaminya Armin Zaharin dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor semalam (6 Mac) atas tuduhan dengan sengaja menggunakan rotan sehingga menyebabkan luka dan lebam ke atas anaknya di sebuah rumah di Denai Alam sekitar pukul 4.00 pagi pada 25 Februari lalu.

Pendakwaan itu dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, menurut laporan tersebut.

"Saya tidak mahu memberi apa-apa komen mahu pun sebarang temu ramah memandangkan masih dalam kes mahkamah," katanya lagi kepada Astro AWANI.

Jika sabit kesalahan, Armin yang merupakan bekas pramugara kanan syarikat penerbangan nasional itu berdepan dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Megat Mahathir Megat Tharih Afendi mencadangkan jaminan RM10,000 (S$3,300) dengan seorang penjamin.

Majistret, Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin pula membenarkan jaminan RM5,000 (S$1,700) dengan seorang penjamin.

Astro AWANI melaporkan bahawa mahkamah menetapkan tarikh 4 April untuk sebutan semula.

Armin, 53 tahun, ditangkap pada 2 Mac lalu selepas Ziana membuat aduan polis pada 27 Februari.

Ziana Zain atau nama sebenarnya, Siti Roziana yang popular dengan lagu Madah Berhelah dan Putus Terpaksa itu bernikah dengan Armin pada 9 Mei 1998.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan