Skip to main content

Hiburan

DJ Khaled, Mike Tyson tunai umrah

Anggaran Waktu Membaca:
MAKKAH: Legenda sukan tinju, Mike Tyson bersama selebriti terkenal Hollywood, DJ Khaled kini berada di Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah.

Berita itu dikongsi sendiri oleh DJ Khaled menerusi video terbaru yang dimuat naik ke akaun Instagram miliknya, lapor Astro Gempak.

Video itu merakamkan situasi di Makkah dan wajah mereka yang tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja melakukan tawaf di sekeliling Kaabah.
“Saat saya berjalan di Makkah, air mata saya bercucuran, air mata kegembiraan. Sepanjang hidup saya, saya ingin pergi ke Makkah untuk berdoa dan menyatakan rasa syukur kepada Allah."

“Saya berdoa agar dunia dipenuhi dengan lebih banyak rasa cinta, kehidupan, kedamaian, kegembiraan, kebahagiaan, kesihatan dan perlindungan untuk kita semua."

“Allah Maha Besar! Sungguh indah bagi kita semua untuk berada di sini. Berkatilah saudaraku @miketyson,” nyatanya dalam catatan di Instagramnya itu, menurut Astro Gempak.
 
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita