Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Disney lancar temasya peminat terbesar Ekspo D23

Anggaran Waktu Membaca:
Disney lancar temasya peminat terbesar Ekspo D23

Sebuah patung watak Mickey Mouse menyambut para pengunjung ke temasya Ekspo D23 di Anaheim, California pada 9 Sep 2022. (Gambar: Patrick T. Fallon / AFP)

LOS ANGELES: Disney melancarkan temasya Ekspo D23 pada Jumaat (9 Sep), iaitu acara terbesar bagi peminat Disney di merata dunia.

Upacara perasmian diadakan di Pusat Konvensyen Anaheim, di California Selatan, menampilkan acara Penyampaian Anugerah Legenda Disney yang memberi penghormatan kepada mereka yang membuat sumbangan ketara kepada legasi Disney, lapor agensi berita Xinhua.

Antara penerima tahun ini termasuk Anthony Anderson, Kristen Bell, Chadwick Boseman, Rob't Coltrin, Patrick Dempsey, Robert Price "Bob" Foster, Jonathan Groff, Don Hahn, Josh Gad, Doris Hardoon, Idina Menzel, Chris Montan, Ellen Pompeo, dan Tracee Ellis Ross.

Berucap di upacara tersebut, Bob Chapek, CEO Syarikat The Walt Disney, berkata selama hampir seabad, Disney sudah menghiburkan dan memberi inspirasi kepada orang ramai di seluruh dunia.

"Saya tidak sabar untuk memberi peminat sekilas pandang apa yang bakal kami sajikan sempena ulang tahun ke-100 kami, dan bagaimana kami akan menggunakan kesempatan ini untuk meraikan semua peminat dan keluarga yang menerima kehadiran Disney dalam kehidupan mereka," ujar Encik Chapek.

"D23" merujuk kepada tahun Walt Disney membuka studio pertama di Hollywood pada 1923.

Ekspo D23 yang diadakan selama tiga hari, menghimpunkan pengunjung dari kesemua 50 negeri di Amerika Syarikat dan 43 negara.

Lebih daripada 165 persembahan, panel, konsert, demonstrasi dan pratonton bakal diadakan sepanjang Ekspo tersebut dengan disertai lebih 500 penghibur dan penyampai acara.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan