Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Disney labuhkan tirai 20th Century Fox

Walt Disney menamatkan jenama yang amat terkenal dalam industri hiburan, iaitu 20th Century Fox.

Anggaran Waktu Membaca:
Disney labuhkan tirai 20th Century Fox

(Gambar: Getty Images)

Diterbitkan : 13 Aug 2020 01:24PM Dikemas Kini : 13 Aug 2020 01:41PM

NEW YORK: Walt Disney menamatkan jenama yang amat terkenal dalam industri hiburan, iaitu 20th Century Fox.

Menurut laporan CNN, Disney mengumumkan pada Isnin (10 Ogos) bahawa ia akan memperbaharui jenama bagi salah sebuah studio televisyennya, 20th Century Fox Television, kepada 20th Television.

Langkah itu diambil menyusuli pembaharuan jenama syarikat filem itu yang sudah beroperasi selama 85 tahun, 20th Century Fox, kepada 20th Century Studios pada Januari.

Disney memuktamadkan perjanjian bernilai AS$71.3 bilion (S$97.7 bilion) untuk membeli sebahagian besar aset media Fox milik Rupert Murdoch, lapor BBC.

Logo dan muzik ikonik 20th Century Fox akan dikekalkan bagi jenama baru 20th Television dan 20th Century Studios.

Disney juga akan memperbaharui jenama studio-studio TV yang lain dengan jenama dan grafik baru. Ini termasuk mengubah ABC Studios dan ABC Signature Studios kepada ABC Signature, dan Fox 21 Television kepada Touchstone Television, menurut laporan CNN.

Dalam satu kenyataan media, Presiden Disney Television Studios, Craig Hunegs, berkata: “Jenama-jenama dan logo-logo studio kami yang baru menandakan hari yang baru bagi ABC Signature, 20th Television dan Touchstone sementara sejarah mereka yang kaya dan kuasa kreatif The Walt Disney Company diberikan penghormatan yang sewajarnya”.

20th Century Fox Television, yang ditubuhkan pada 1949, menerbitkan rancangan-rancangan televisyen yang terkenal termasuk siri asal Batman, M*A*S*H dan The Simpsons.

Studio filem 20th Century Fox pula dikenali dengan penerbitan filem-filem pecah panggung seperti Avatar dan Titanic.

Jenama 20th Century Fox diwujudkan pada 1935 menyusuli gabungan Twentieth Century Pictures dan Fox Films.

Disney pula sudah menghasilkan filem sejak 1937 lagi dengan penerbitan Snow White and the Seven Dwarfs. Ia kini memiliki syarikat penerbitan filem dan televisyen Lucasfilm, yang terkenal dengan francais Star Wars, dan juga Marvel Studios. 

Sumber : Agensi berita/ZM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan