Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Disney bakal keluarkan 2 filem baru 'Avengers' Marvel pada 2025

Anggaran Waktu Membaca:
Disney bakal keluarkan 2 filem baru 'Avengers' Marvel pada 2025

(Gambar: Marvel Studios)

Diterbitkan : 24 Jul 2022 05:45PM Dikemas Kini : 24 Jul 2022 05:45PM

SAN DIEGO: Disney pada Sabtu (23 Jul) mengumumkan  beberapa filem adiwira termasuk dua filem baru 'Avengers' di Comic-Con sedang ia menyorot sedutan daripada filem 'Black Panther' seterusnya. 

Filem-filem Marvel berjaya mencipta rekod dan meraih kutipan pecah panggung di Hollywood dan seluruh dunia, dengan 'Avengers: Endgame' pada 2019 menjadi filem paling laris sepanjang masa dengan pungutan lebih AS$2.79 bilion (S$3.87 bilion). 

'Avengers: The Kang Dynasty' dan 'Avengers: Secret Wars' akan mula ditayangkan di panggung wayang pada 2025, dedah Presiden Studio Marvel Kevin Feige. 

Filem-filem tersebut bermatlamat untuk mengikut jejak 'Avengers: Endgame', yang menarik perhatian orang ramai dengan merumuskan jalan cerita yang dipaparkan dalam filem-filem Marvel sebelum itu. 

Dua filem baru 'Avengers' ini akan menutup babak bagi lebih 10 filem dan rancangan televisyen yang berhubung kait dengan 'Marvel Cinematic Universe' ('Dunia Marvel'), kata Encik Feige. 

Pembentangan Marvel diakhiri dengan treler pertama 'Black Panther: Wakanda Forever', iaitu filem buku komik seterusnya yang dicalonkan dalam kategori filem terbaik Oscar, akan mula ditayangkan pada 11 November. 

Pengarah Ryan Coogler turut memberikan penghormatan kepada bintang filem Black Panther sebelum ini, "mendiang Chadwick Boseman yang hebat". 

Boseman meninggal dunia akibat barah pada 2020 dan wataknya tidak akan diambil alih oleh seorang lagi pelakon dalam filem baru itu. 

"Chad tiada lagi bersama kita, tetapi semangatnya, keghairahannya, kepintarannya dan kebanggaan dalam budayanya, dan kesan yang ditinggalkannya pada industri ini akan dirasakan buat selama-lamanya," tambah Encik Coogler. 

Sumber : AFP/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa