Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Diana Danielle: Farid Kamil 'tidak pernah pukul saya'

Pelakon jelita Diana Danielle akhirnya bersuara mengenai kontroversi yang melanda suaminya, pengarah dan pelakon filem Farid Kamil, sejak Khamis lalu (11 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Diana Danielle: Farid Kamil 'tidak pernah pukul saya'

Gambar: Facebook

Diterbitkan : 13 Jan 2018 11:42PM Dikemas Kini : 13 Jan 2018 11:56PM

KUALA LUMPUR: Pelakon jelita Diana Danielle akhirnya bersuara mengenai kontroversi yang melanda suaminya, pengarah dan pelakon filem Farid Kamil, sejak Khamis lalu (11 Jan).

Menulis di Instagramnya hari ini (13 Jan), Diana Danielle menyatakan bahawa "suami saya tidak pernah, tidak sekali pun, memukul saya".

Dalam catatan itu juga Diana berkata bahawa beliau akan "tetap bersama beliau (Farid Kamil)".

"Kami akan berusaha ke arah memperbaiki apa yang perlu dan mengukuhkan apa yang sememangnya kukuh," tambah beliau lagi.

Diana mengakui bahawa beliau memerlukan masa untuk memproses keadaan sebelum bersuara.

Farid Kamil kini ditahan reman empat hari sejak semalam (12 Jan) setelah menampar seorang anggota polis trafik dan menendang dua orang awam pada Khamis (11 Jan).

Diana bagaimanapun mengucapkan rasa terima kasih kepada sokongan yang diberikan orang ramai kepada dirinya dan suaminya.

"Buat masa ini, saya tidak akan menjawab sebarang soalan kerana saya betul-betul berasa ianya tidak akan membantu keadaan,” tulis Diana lagi.

Sebelum ini Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Penolong Pesuruhjaya Mohd Zani Che Din turut mengesahkan pelakon itu positif dadah jenis ganja selepas menjalani saringan air kencing yang dijalankan selepas ditahan.

Sehari sebelum Farid Kamil ditahan kerana insiden menampar itu, pelakon Ridzuan Hashim, sudah terlebih dulu menjadi mangsa tampar.

Ridzuan, 53 tahun, mengaku tidak tahu mengapa Farid menamparnya ketika di lokasi penggambaran drama Uniknya Cinta, pada Rabu (10 Jan), lapor Harian Metro.

“Kejadian berlaku jam 1.30 pagi pada 10 Januari lalu di studio milik Soffi Jikan ketika berlangsung penggambaran drama arahan Shuhaimi Lua Abdullah. 

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan