Diana Danielle fail cerai terhadap Farid Kamil
Anggaran Waktu Membaca:
PETALING JAYA: Selepas hampir 11 tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Diana Danielle memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, yang juga pelakon iaitu Farid Kamil, di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di Petaling Jaya.
Diana, atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 32 tahun, selaku plaintif memfailkan permohonan itu pada 10 Mac lalu menerusi Tetuan Akberdin & Co dan menamakan Farid, atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari, 42 tahun, sebagai defendan.
Permohonan cerai itu dikemukakan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Peguam syarie Akberdin Abdul Kader, yang mewakili Diana, ketika dihubungi mengesahkan anak guamnya memfailkan permohonan itu.
Beliau berkata semasa prosiding di hadapan Hakim Syarie Shukran Yusof pada Isnin (20 Mac), kedua-dua pihak diarah untuk melalui proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) selepas Farid enggan melafazkan cerai.
Menurut Encik Akberdin, mahkamah menetapkan 28 Mac sebagai sebutan kes.
Farid, yang terkenal dengan filem 'Remp-IT' dan 'Lagenda Budak Setan', diwakili peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan.
Farid dan Diana, yang sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz pada 3 November 2012 dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10 tahun, dan Nur Aurora, 8 tahun.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.