Diana Danielle fail cerai kali kedua terhadap Farid Kamil
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Diana Danielle hadir di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan bagi pendaftaran rujuk dan pemfailan permohonan perceraian terhadap suaminya, iaitu pelakon Farid Kamil, lapor Astro Awani.
Mengenakan jubah hitam, Diana tiba sekitar pukul 9.00 pagi ditemani peguamnya Akberdin Abdul Kadir.
Pada awalnya, pelakon filem Imaginur ini dilaporkan enggan memberi sebarang kenyataan kepada pihak media yang menanti di pekarangan mahkamah seawal 8.30 pagi.
Namun begitu, menurut Astro Awani, sejurus disapa, Diana memberikan kenyataan ringkas dengan menyatakan harapan urusan perceraiannya dipermudahkan.
“Saya harap yang terbaik untuk kami berdua. Saya rasa kalau panjang-panjang tak perlu.
“Saya berserah, sebab apa yang kita buat hanya merancang dan selebihnya kita tengok apa yang penghujungnya,” katanya.
Encik Akberdin pula berkata permohonan itu dibuat susulan tiada persefahaman.
“Boleh dikatakan mereka tiada persefahaman. Hari ini kami hanya failkan dan akan dapatkan tarikh kemudian,” katanya, seperti dipetik Astro Awani.
Kemelut rumah tangga pasangan itu menjadi bualan ramai selepas Diana mengumumkan nekad memfailkan perceraian pada 28 Oktober lalu.
Namun begitu, Farid masih mahu mempertahankan rumah tangga mereka dan mengakui masih menyayangi Diana dan anak-anaknya.
Sebelum ini, pada 10 Mac tahun lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson pernah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.
Pasangan ini kemudian sah bercerai talak satu menerusi Google Meet pada 10 Ogos tahun lalu namun rujuk sebulan kemudian.
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang berusia sembilan tahun.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.