Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Dendangan 'Nang' gagal buat Haida Hassan mara ke minggu seterus GV9

Anggaran Waktu Membaca:
Dendangan 'Nang' gagal buat Haida Hassan mara ke minggu seterus GV9

(Gambar: haida.hajat/Instagram)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Haida Hasnan menjadi peserta kedua yang tersingkir daripada program Gegar Vaganza 9 (GV9) selepas beraksi dalam konsert minggu ketiga di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad malam (2 Okt).

Menyanyikan lagu "Nang" oleh penyanyi asal Iman Troye, Haida menerima markah terendah iaitu 53.4 peratus.

"Saya hanya ada tiga hari dan saya berusaha untuk sampaikan lagu ini. Apa sahaja yang berlaku saya terima dengan reda."

"Netizen yang pilih lagu ini dan saya sudah cuba setakat yang termampu," Astro Awani menukil kata-kata Haida.

Sementara itu, penyanyi Shila Amzah, yang mendendangkan lagu "Secangkir Madu Merah", menjadi peserta pertama menerima anugerah Bintang Memukau Adabi apabila meraih markah tertinggi iaitu 78.8 peratus.

Dipengacarkan oleh Elly Mazlein dan Nabil Ahmad, GV9 bersiaran secara langsung selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

GV9 turut menampilkan Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Syafinaz Selamat sebagai juri tetap.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan