Skip to main content

Hiburan

Dendangan 'Lelaki Ini' julang Jaclyn Victor juara pusingan ke-8 GV9

Anggaran Waktu Membaca:

PETALING JAYA: Persembahan cemerlang sebagai penutup gelanggang Gegar Vaganza minggu kelapan oleh Jaclyn Victor berjaya memukau penonton.

Tampil dengan busana unik sambil mendendangkan lagu ‘Lelaki Ini’, nyanyian asal Anuar Zain, nyata memberi kepuasan kepada penonton dengan meraih pelbagai pujian di media sosial, lapor Kosmo! Online. 

Selain itu, persembahan oleh Jaclyn juga mendapat sorakan dan tepukan gemuruh oleh penonton yang berada di auditorium serta meraih komen positif daripada juri tetap iaitu Hetty Koes Endang.

Rata-rata warga net memberikan pujian melambung kepada penyanyi bersuara lantang itu dan menyifatkan persembahannya berjaya.

“Jaclyn Victor buat lagu Anuar Zain macam lagu dia, persembahan penutup yang memukau dengan vokal yang mantap. Penutup yang baik,” Kosmo! Online memetik kata-kata seorang warga net. 

“Lelaki Ini sangat sinonim dengan Anuar Zain. Suara Jaclyn Victor sangat sesuai dengan lagu ini dan membuatkan lagu ini lebih beremosi, ditambah pula dengan suara serak basah beliau. Suka sangat versi Jaclyn,” kata seorang lagi warga maya.

“Campaklah lagu apapun untuk Jaclyn, dia akan nyanyikannya semudah A B C. Persembahan penutup yang cukup sempurna untuk menutup tirai GV minggu kelapan."

Bekas juara Malaysia Idol itu memperoleh markah tertinggi sekali gus meletakkan dirinya sebagai juara untuk minggu kelapan dan mara untuk bertarung ke minggu seterusnya.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita