Skip to main content

Hiburan

Demam nasi Arab Cef Ammar, ada yang sanggup ambil tempahan ke Johor

Anggaran Waktu Membaca:
Demam nasi Arab Cef Ammar, ada yang sanggup ambil tempahan ke Johor

Gambar: Agensi Berita

Diterbitkan : 18 Apr 2022 10:48AM

SHAH ALAM: Biarpun dihimpit dengan kontroversi membabitkan harga yang kononnya ‘cekik darah’, namun nasi masakan Cef Ammar terus laris.

Nasi Mandy tersebut masih menjadi pilihan orang ramai untuk dibeli sehinggakan ada yang sanggup beratur lama semata-mata ingin membeli juadah viral ini, seperti dinukil daripada Astro Gempak.

Malah, terdapat juga individu yang sanggup membeli nasi arab tersebut daripada ‘reseller’ meskipun ia dibeli dengan harga yang lebih mahal berbanding harga yang dijual Cef Ammar.

Bayangkan harga yang dijual ‘reseller’ tersebut adalah sebanyak RM65 (S$20) berbanding RM50(S$15) yang dijual Cef Ammar, lapor Astro Gempak.

Tidak cukup dengan itu, jualan nasi Arab itu bukan sahaja berlegar di kawasan lembah Klang semata-mata, malah sudah memasuki negeri jauh termasuk Johor.

Buktinya, terdapat individu atau ‘reseller’ ini membuat iklan promosi di laman Facebook komuniti Batu Pahat.

Harga yang ditawarkan pula termasuk kos logistik termasuk minyak dan tol.

“Nasi arab Chef Ammar dari Shah Alam dibawa ke warga Batu Pahat.

“Jadi kos logistik seperti minyak, tol,” katanya.

Biarpun ada yang mempertikaikan kesanggupan orang ramai untuk membeli nasi arab semahal itu, namun tidak kurang juga yang meminta supaya netizen menghormati pilihan masing-masing, lapor Astro Gempak.

Kebanyakan mereka meminta supaya menghormati jurujual dan juga pembeli sekiranya itu adalah kehendak dan kemampuan masing-masing.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita