Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Dekatkan diri ke jalan agama bukan penghalang Aliff Aziz terus menyanyi, berlakon

Anggaran Waktu Membaca:
Dekatkan diri ke jalan agama bukan penghalang Aliff Aziz terus menyanyi, berlakon

Gambar: Instagram/Iamaliffaziz

KUALA LUMPUR: Kembali aktif dalam persada seni selepas mendekatkan diri ke jalan agama, penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz sudah bersedia berdepan sikap iri hati manusia yang tidak senang melihat penghijrahannya, seperti dialporkan BH M'sia Online.

Reda dengan apa sahaja yang bakal terjadi, Aliff atau nama sebenarnya, Mohamad Aliff Aziz, 30 tahun, lebih selesa menyerahkan takdir hidup kepada Yang Maha Esa.

"Dalam perjalanan melakukan transisi ini, saya meletakkan seluruh kebergantungan ini kepada Allah. Doa sering dipanjatkan adalah, jika perkara itu mendatangkan kebaikan, maka dekatkan.

"Jika sebaliknya, maka jauhkan. Saya percaya, setiap apa yang berlaku semuanya adalah atas izin Allah. Dan, jika Allah tak izin, walau apapun yang cuba dilakukan termasuk menjatuhkan diri saya, pasti tidak akan terjadi," katanya kepada BH M'sia Online.

Mengenai reaksi ketika dirinya mahu melakukan penghijrahan, namun, dibukakan jalan kembali ke dunia hiburan, penyanyi yang popular menerusi lagu Sayang Sayang itu melihatnya dari sudut positif.

"Niat saya mencari rezeki demi keluarga. Lagipun, saya masuk pertandingan yang boleh buat orang luar ingat saya seorang penyanyi. Jadi, saya percaya ia juga perkara yang bagus untuk kerjaya.

"Apa yang mampu dilakukan hanyalah dengan memanjatkan doa baik-baik supaya sentiasa dilindungi. Minta dijauhkan daripada perkara membuatkan saya keluar dari landasan ketika mencari rezeki buat keluarga," luah peserta program realiti, Gegar Vaganza musim kelapan ini.

Pernah bergelut dengan kisah silam yang menyakitkan, Aliff mengakui, kehidupannya kini lebih tenang selepas mula mendekatkan diri kepada agama.

"Dahulu, saya mencari ketenangan dengan cara salah dan bergaul dengan orang yang salah. Tetapi, saya tidak salahkan mereka kerana apa yang berlaku atas pilihan saya sendiri.

"Doa saya semoga Allah kekalkan perjalanan saya dalam mencari keredaan-Nya serta mengurniakan kesihatan baik kepada keluarga saya, seperti dinukil BH M'sia Online.

"Saya juga mengharapkan semoga kekal istiqamah dalam mentaati segala perintah Allah dan tidak lalai dengan nikmat yang diberikan " pintanya.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan