Skip to main content

Hiburan

Deepika Padukone bintang Bollywood wanita pertama terima bintang 'Hollywood Walk of Fame'

Bintang Bollywood Deepika Padukone mencipta sejarah sebagai pelakon wanita India pertama dianugerahkan bintang berprestij di Hollywood Walk of Fame.

Anggaran Waktu Membaca:
Deepika Padukone bintang Bollywood wanita pertama terima bintang 'Hollywood Walk of Fame'

Deepika Padukone di Oscars 2023. (Gambar: AFP/Arturo Holmes)

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 04 Jul 2025 06:42PM
LOS ANGELES: Bintang Bollywood Deepika Padukone mencipta sejarah sebagai pelakon wanita India pertama dianugerahkan bintang berprestij di Hollywood Walk of Fame.

Pengumuman bagi penerima penghormatan Kelas 2026 itu dibuat oleh Dewan Perniagaan Hollywood melalui penstriman langsung global pada Rabu (2 Jul).

Menyusuli pengumuman itu, suami Padukone, iaitu pelakon terkenal Bollywood, Ranveer Singh, mengucapkan tahniah kepada isterinya atas pencapaiannya melalui Instagram story.

Pasangan tersebut berkahwin pada November 2018 dan menimang anak pertama mereka, seorang bayi perempuan, pada September 2024.

Pengumuman tersebut turut mendedahkan 35 penerima penghormatan yang dipilih daripada lima kategori: Filem, Televisyen, Teater/ Persembahan Langsung, Rakaman dan Hiburan Sukan.

Nama-nama terkenal lain termasuk Emily Blunt, Rachel McAdams, Demi Moore and Gordon Ramsey.

Turut menyertai Padukone dalam penerima bagi rantau Asia ialah penyanyi dan pelakon berbakat Filipina, Lea Salonga.

Beliau merupakan suara di sebalik Mulan dan Puteri Jasmine dari Aladdin dan menerima bintang tersebut di bawah kategori Teater/Persembahan Langsung.

Padukone, 39 tahun, berjaya mencipta nama di kedua-dua Bollywood dan Hollywood.

Beliau mula terkenal pada 2007 dengan filem sulungnya, Om Shanti Om, yang turut dibintangi oleh legenda Bollywood Shah Rukh Khan.

Pada 2017, beliau membuat kemunculan sulung di Hollywood dalam 'xXx: Return Of Xander Cage', yang turut dibintangi Vin Diesel.
Sumber : CNA/NI/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita