Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Dayang Nurfaizah terima jumlah pencalonan tertinggi bagi AIM23

Anggaran Waktu Membaca:
Dayang Nurfaizah terima jumlah pencalonan tertinggi bagi AIM23

Penyanyi Dayang Nurfaizah. (Gambar: muzikmuzik_33/Instagram)

KUALA LUMPUR: Dicalonkan dalam enam kategori Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23), penyanyi Dayang Nurfaizah diramal bakal mendominasi acara berprestij itu yang dijadual berlangsung pada 11 Sep ini.

Nama Dayang Nurfaizah didedahkan di majlis pengumuman finalis AIM23 bagi setiap kategori kelmarin.

Dayang Nurfaizah mendominasi dua pencalonan masing-masing dalam Kategori Rakaman Lagu Terbaik dan Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu melalui lagu "Malam Ku Bermimpi" serta "Tudung Periuk".

Penyanyi kelahiran Sarawak itu juga tercalon dalam Kategori Kulit Single/ Album Terbaik dan Rakaman Album Terbaik melalui lagu "Belagu".

Penyanyi Yonnyboii dan Ernie Zakri pula mengikut rapat Dayang dengan empat pencalonan.

Ernie tercalon menerusi Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu Wanita melalui lagu "Sinar Mata Hati". Dua lagi pencalonan adalah Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu iaitu duet dengan suaminya, Syamel untuk lagu "Goodbye Hello", serta "Berakhirlah Pencarianku" bersama Hafiz Suip.

Yonnyboii pula tercalon dalam Kategori Rakaman Album Terbaik (Deluxe Version), dua pencalonan dalam Kategori Lagu R&B/ Hip Hop Terbaik (Tak Sangka & Orang Lain), serta Kategori Album Terbaik menerusi album Yonny (Deluxe Version).

Menurut Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Rosmin Hashim, edisi kali ini mempertandingkan 105 calon dalam 21 kategori.

“RIM menerima 650 pencalonan secara keseluruhannya. Ini menunjukkan bahawa industri muzik tempatan semakin baik dan pulih selepas pandemik."

“Bukan itu saja, penambahan beberapa kategori baru juga menyumbang kepada peningkatan jumlah pencalonan untuk tahun ini,” katanya lapor agensi berita Malaysiakini.

Rosmin juga memaklumkan pihak penganjur terpaksa menggugurkan Kategori Lagu India Tempatan Terbaik kerana pencalon yang ada tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan.

AIM23 dijadual berlangsung di Dewan MBSA Shah Alam dan disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria.

Tambah Rosmin, AIM kembali selepas sekian lama menyepi untuk menghiburkan peminat muzik tanah air dengan persembahan muzik secara langsung.

Seramai 113 juri terbabit dalam penilaian dengan setiap kategori diadili tujuh hingga 10 pakar dalam bidang masing-masing.

Diketuai Maestro Muzik, Mokhzani Ismail, juri lain adalah Omar K, DJ Fuzz, Adi Priyo, Shah Slam, Syafinaz Selamat, Fauzi Markuzi, Acis, Afdlin Shauki, Mas Idayu dan Noryn Aziz.

“Proses penjurian dilakukan secara terperinci dan tiada unsur pilih kasih. Sekiranya juri mempunyai kepentingan dalam sesebuah kategori, mereka tak akan dibenarkan duduk di kerusi berkenaan."

“Bagi penilaian kategori utama iaitu Rakaman Lagu Terbaik dan Rakaman Album Terbaik, ia dilaksanakan pada 12 Ogos disusuli penjurian kategori lain yang berlangsung pada 15,16 dan 24 Ogos lalu,” kata Encik Rosmin menurut agensi berita Malaysiakini.
Sumber : Agensi berita/SS/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan