Datuk Vida mohon diberi ruang lunas hutang lebih RM1 juta
Usahawan kosmetik dari Malaysia, Datuk Seri Vida memohon diberi ruang bagi menyelesaikan isu kediaman dan empat kenderaan mewahnya yang disita selepas beliau gagal melunaskan hutang yang mencecah lebih RM1 juta (S$301,918).
Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 53 tahun memaklumkan sudah melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkenaan.
"Saya mengambil perkara ini dengan serius dan akan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu yang dibangkitkan.
"Saya telah melantik peguam untuk menasihati dan membantu saya dalam menyelesaikan perkara ini dengan cara yang terbaik dan mengikut lunas undang-undang," katanya dalam kenyataan menerusi akaun media sosialnya pada Isnin malam (25 Nov).
Beliau turut menghargai sokongan semua pihak dan berharap supaya diberi ruang untuk menangani perkara itu dengan tenang dan profesional.
Sebelum ini laporan media menyatakan, barangan rumah dan empat kenderaan mewah milik Hasmiza di Ipoh disita selepas beliau gagal melunaskan tunggakan bayaran ubah suai bangunan kilangnya.
Menurut laporan di Malaysia, beliau dilaporkan gagal menjelaskan bayaran baki tunggakan kilangnya di Shah Alam, Selangor, yang dijadikan sebagai sebuah studio pada tahun 2018 di mana ia berjumlah RM1,060,285 (S$320,566).
Perintah penyitaan telah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin (25 Nov).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.