Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Datang beraya tak balik-balik; Haiza kongsi pengalaman layan peminat sampai lewat malam

Anggaran Waktu Membaca:
Datang beraya tak balik-balik; Haiza kongsi pengalaman layan peminat sampai lewat malam

Haiza bersama keluarganya. (Gambar: Agensi berita/ Gempak)

KUALA LUMPUR: Ekonomi yang terjejas akibat pandemik COVID-19 sebelum ini menjadi peringatan buat penyanyi dan penyampai radio Haiza agar tidak berlebihan dalam berbelanja bagi melakukan persiapan menyambut raya.

Bagi Haiza atau nama sebenarnya Rohaizah Nordin, 42 tahun, dia memilih untuk melakukan persiapan secara bersederhana kerana tempoh sekarang ini adalah masa terbaik untuk kembali memulihkan kewangan sendiri, lapor mStar.

“Ekonomi sendiri pun baru nak bertambah baik selepas dua tahun kita melalui waktu sukar akibat pandemik. Jadi persiapan raya tahun ini saya lebih bersederhana sahaja.

“Apa yang telah berlaku sebelum ini saya ambil sebagai satu pengajaran dan menjadi kesilapan besar jika masih tidak beringat dan mengambil iktibar.

“Jika ada wang lebih eloklah simpan dahulu untuk kegunaan masa depan,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Haiza berkata, dia sentiasa berpesan kepada anaknya iaitu Nur Iman Syafie, 10 tahun, supaya faham dengan situasi semasa yang berlaku.

Penyanyi lagu Dag Dig Dug ini tidak mahu mendidik anak berbelanja secara berlebihan dan hanya membeli mengikut keperluan sahaja.

“Sebagai ibu tidaklah semua permintaan anak saya akan ditunaikan. Saya akan beri dia peringatan tentang situasi yang melanda kita semua sekarang ini supaya dia tidak terlalu meminta.

“Syukur walau baru berusia 10 tahun, anak saya sangat memahami dan dia sendiri tidak mahu pendemik seperti ini berulang kembali,” ujarnya, seperti yang dilaporkan mStar.

Bercerita tentang kenangan menyambut Hari Raya Aidilfiri, Haiza berkongsi kisah lucu yang pernah dilalui sekitar tahun 1990-an dahulu di mana dia terpaksa melayan dua orang peminat yang duduk beraya di rumahnya terlalu lama.

Walaupun menjadi kebiasaan orang Johor sepertinya pergi menziarah lewat malam, namun kenangan menerima tetamu tersebut tidak mungkin dia lupakan.

“Di Johor sudah menjadi kebiasaan buat kami pergi beraya ke rumah orang walaupun lewat malam.

“Tetapi ada dua orang peminat saya ini datang bermula dari petang dan tidak mahu pulang sehingga lewat malam.

"Terpaksalah saya melayan mereka kerana ketika itu saya pun tak tahu bagaimana nak bagi ‘hint’ suruh balik,” ceritanya seperti dinukil oleh mStar.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan