Skip to main content

Hiburan

Coldplay tambah lagi konsert keenam dan terakhir di SG pada 31 Jan

Anggaran Waktu Membaca:
Coldplay tambah lagi konsert keenam dan terakhir di SG pada 31 Jan

(Gambar: Live Nation Singapore/Instagram)

SINGAPURA: Pada Selasa (20 Jun), Live Nation Singapore mengumumkan bahawa Coldplay akan mengadakan konsert keenam dan terakhirnya pada 31 Januari di Singapura sempena jelajah dunia Music Of The Spheres yang bakal berlangsung.

Pengumuman tersebut dibuat selang beberapa jam selepas kugiran tersebut mendedahkan bahawa mereka akan mengadakan konsert kelima pada 30 Januari. Tiket untuk kesemua enam konsert kini tersedia untuk jualan umum menerusi Ticketmaster dan Singpost.
Tiket bagi konsert tersebut dijual pada harga antara S$68 dengan S$298, tidak termasuk yuran tempahan.

Coldplay sebelum ini turut mengumumkan mereka akan menawarkan 'Infinity Tickets' yang berharga S$27 pada tarikh yang belum didedahkan.

Tiket tersebut bertujuan menjadikan konsert mereka lebih mudah diakses para peminat. Setiap seorang hanya boleh membeli dua tiket dan ia harus dibeli secara berpasangan.
 
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita